Gaming

Age Of Empires Definitive Edition untuk PC masa kini

Bagi remaja 90an, anda tentu tidak dapat melupakan permainan video RTS untuk PC berjudul Age of Empires, Ia boleh dikatakan sebuah permainan video lagenda yang dimainkan oleh sebahagian besar gamer PC pada era tersebut. Kini Microsoft bersama pembangun bernama Forgotten Empires berkerjasama untuk memperbaharui permainan video tersebut untuk dimainkan pada PC masa kini di bawah nama Age of Empires : Definitive Edition.

age-of-empires definitive edition

Age Of Empires Definitive Edition untuk PC masa kini

Age of Empires Definitive Edition ini dibangunkan sempena sambutan ulangtahun ke 20 permainan tersebut dan ia melibatkan pembaharuan dari segi grafik 4K, teksture dan animasi. Cara permainan juga telah ditambahbaik dan dimodenkan. Sebagai contoh animasi unit telah dipertingkatkan dari 4 arah pandangan kepada 32, memberikan perubahan dari segi strategi permainan.

Permainan ini akan dilancarkan dalam musim panas (sekitar Ogos) dan anda boleh mendaftar untuk pengujian Beta dengan klik pada pautan ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top