Gaming

Alienware Area 51 Baharu Dengan CPU AMD 16 teras

Alienware Area 51

Alienware serious tentang mempertingkatkan prestasi produknya dengan melancarkan PC gaming Alienware Area 51 baharu dengan pemproses Intel Core X dan AMD Threadripper.

Alienware Area 51 Baharu Dengan CPU AMD 16 teras

PC gaming Alienware Area 51 bukan sahaja PC gaming pertama yang dilengkapkan CPU-CPU terunggul tersebut, malah ia juga telah memenangi hak eksklusif untuk menggunapakai CPU AMD Threadripper dalam produknya. Ini bermakna anda tidak akan menjumpai PC gaming dari pengeluar lain seperti Asus, MSI atau yang lain yang menggunapakai CPU tersebut.

Walaubagaimanapun, hak eksklusif tersebut hanya sah sehingga penghujung tahun ini. Ia juga tidak menghalang pengguna membeli komponen tersebut di kedai komputer atau memilihnya dalam sistem-sistem yang dibuat khas oleh para pembuat PC custom persendirian.

Alienware Area 51

Di samping menggunapakai CPU berkuasa tinggi, Area 51 juga didatangkan dengan sokongan SSD M.2, di samping memperkenalkan penggunaan memori Intel Optane buat pertama kali. Dengan ruang untuk memuatkan sehingga 3 kad grafik dan opsyen PSU sehingga 1,500 watt, PC ini berupaya merealisasikan impiang gaming anda.

PC gaming Area 51 Threadripper Edition akan mula dijual mulai 27 Julai, namun harganya masih belum diumumkan. Harga dan tarikh jualan model dengan Intel Core X pula akan diumumkan kemudian. Apa yang pasti, kedua-dua model tidak akan dijual pada harga mampu milik. Jika anda merupakan antara gamer yang kurang gemar memasang PC gaming sendiri, ini mungkin boleh menjadi pilihan anda.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top