Gaming

AMD Melancarkan Kad Grafik Radeon RX Vega

Tidak dapat dinafikan kad grafik terkini AMD siri Radeon RX 500 sedikit terkebelakang dari segi prestasi berbanding kad grafik pesaingnya siri GeForce GTX 1000. Tetapi AMD yakin ia mampu bersaing dengan pelancaran kad grafik terbarunya siri Radeon RX Vega.

Radeon RX Vega

AMD Melancarkan Kad Grafik Radeon RX Vega

Kad grafik siri Radeon RX Vega merupakan kad grafik berprestasi tinggi dan model terbaiknya, RX Vega 64 menjanjikan prestasi 12.66 teraflop, bebanding berbanding GeForce GTX 1080 yang berprestasi 9 teraflop. Prestasi ini diperolehi hasil 64 buah unit kiraan generasi terkini (compute units) dan 4,096 pemproses aliran (stream processors).  Ia juga didatangkan dengan 8GB High Bandwidth Cache berbanding memori GDDR5 dan GDDR5X yang biasa digunakan oleh Nvidia.

Radeon RX Vega mempunyai kelajuan jam asas 1,247MHz dan boleh ditingkatkan kepada 1,546MHz, iaitu lebih rendah berbanding kelajuan jam asas GTX 1080 1,607MHz yang boleh ditingkatkan kepada 1,733MHz. Sungguhpun kelajuan jamnya lebih rendah AMD menjamin bahawa Vega 64 akan mencapai kadar bingkai (frame rate) yang tidak kurang dari 40 – 60fps apabila digunakan dengan monitor berteknologi Freesync.

Akan mula dijual pada 14 Ogos ini, RX Vega 64 akan didatangkan dalam 3 edisi. Versi disejukkan angin, yang mempunyai rekabentuk yang kelihatan tidak berbeza dari RX 480 dan RX 580, tetapi dilengkapi pembaharuan dalaman seperti kipas 30mm dan kebuk wap isotermik (isothermic vapor chamber). AMD juga bercadang untuk menlancarkan edisi khas kad ini yang dilengkap casi diperbuat daripada logam sepenuhnya, lengkap dengan logo yang bercahaya.

Jika anda mahukan versi kad ini yang lebih premium, versi dengan penyejuk cecair mengalih keluar kipas untuk memuatkan sistem penyejukan cecair bersepadu yang membolehkan frekuensinya dipertingkatkan kepada kelajuan asas 1,406MHz dan kelajuan maksimum 1,677MHz. Ia juga mempunyai potensi overclock yang lebih tinggi.

Versi RX Vega 64 standard dijual pada harga USD499, manakala versi edisi terhad dijual secara combo di bawah nama “Black Combo” pada harga USD599 yang menyertakan USD100 diskaun terhadapa pemproses Ryzen 7 dan papan induk, USD200 diskaun untuk monitor melengkung ultra luas Freesync Samsung CF791 dan dua buah permainan video percuma. Ia hanya dijual dalam kombo bagi mengelakkan dari para pelombong matawang kripto memborong kad grafik ini untuk mesin melombong matawang berkenaan seterusnya menyebabkan masalah bekalan.

Versi dengan sistem penyejuk cecair pula dijual pada harga USD699 sebagai pakej Radeon Aqua Pack yang turut didatangkan dengan diskaun dan permainan video percuma yang sama. Malangnya, diskaun ini hanya boleh digunakan semasa belian dan tidak boleh digunakan kemudian pada satu masa lain selepas belian.

Terdapat satu lagi kad grafik dilancarkan AMD iaitu RX Vega 56 yang disasarkan kepada gamer bajet pada harga USD 399 dengan prestasi 10.5 teraflop. Ia direka untuk bersaing dengan GTX 1070 di mana kad grafik AMD itu mempunyai kelajuan jam asas 1,156Mhz dan kelajuan maksimum 1,471Mhz. Ia dilengkapi 56 unit kiraan dan 2,584 pemproses aliran di samping lebarjalur memori 410GB/s dan 8GB memori video HBM2. Ia juga akan mula dijual pada 14 Ogos. Seperti RX Vega 64, ia akan ditawarkan sebagai sebahagian kombo Radeon Red Pack pada harga USD 499.

Namun tidak dapat dipastikan samada Malaysia tertakluk kepada polisi beli dalam kombo ini, tetapi kami rasakan tidak. Pasaran tanahair terlalu kecil dan tidak ramai yang melombong matawan kripto. GST juga akan menaikkan harga lebih tinggi dari jangkaan, jadi anda tidak boleh terus menukar harganya dari USD ke RM.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top