Gaming

AMD Radeon RX480 Membawa VR Kepada Pengguna Bajet

AMD mengadakan satu acara media pada acara Computex 2016 bagi memperkenalkan kad grafik berasaskan teknologi Polaris dan antara yang diperkenalkan adalah AMD Radeon RX480 yang menyasar untuk membawa kebolehan VR kepada pengguna bajet.

AMD Radeo RX480

AMD Radeon RX480 Membawa VR Kepada Pengguna Bajet

Matlamat AMD sememangnya adalah untuk memasarkan kad grafik AMD Radeon RX480 ke pasaran di bawah USD500 (RM2000 ++) seterusnya menyasarkan pengguna bajet yang inginkan sistem yang boleh melarikan fungsi VR. Malah Kad grafik ini bakal dijual pada harga USD 199 (RM800++).

Strategi AMD buat masa ini ialah untuk membiarkan penguasaan Nvidia dalam pasaran kad grafik peringkat tinggi buat sementara waktu dan menyerang pasaran rendah dan sederhana dengan agressif.

IMG_1847_w_600

“VR perlu berada di mana-mana, dan VR perlu untuk semua orang,” kata Raja Koduri, Naib Presiden Kanan dan Ketua Arkitek AMD Radeon Technologies Group.

Radeon RX480 beroperasi dengan 36 buah CU dan dilengkapi dengan samada 4 atau 8GB memori GDDR5 pada antaramuka memori 256-bit. Prestasinya diukur mencapai 5 Tflops. GPUnya tidak mempunyai sebarang memori HBM, tetapi ia direka sebagai sebuah kad grafik bajet, jadi pengguna tidak perlu merungut tentang bab ini.

AMD Radeon RX480

TDP kad grafik ini berada pada 150W dan menawarkan 1.7x prestasi per watt hasil penggunaan teknologi FinFET 14. Ia bukan sahaja menyokong DisplayPort 1.3, malah menyokong juga DisplayPort 1.4 dengan HDR.

Ia akan mula dipasarkan seawal 19 Jun ini. AMD juga menjanjikan pendedahan mengenai barisan produk berasaskan Polaris dalam minggu-minggu akan datang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top