Gaming

AMD Ryzen 3 dan Threadripper Mula Dijual Penghujung Bulan ini

Setelah sekian lama melancarkan Ryzen 7 dan Ryzen 5, AMD kini mengumumkan tarikh jualan pemproses bajet Ryzen 3 dan prmproses berprestasi tinggi Ryzen ThreadRipper. Ryzen 3 akan mula dijual secara global pada 27 Julai manakala Ryzen ThreadRipper akan dijual bermula awal bulan hadapan.

Ryzen 3

 AMD Ryzen 3 dan Threadripper Mula Dijual Penghujung Bulan ini

Dalam video di atas, AMD mempamerkan prestasi pemproses AMD ThreadRipper 1920X yang dilengkapi 12 teras, 24 benang dan berkelajuan asas 3.5GHz serta 4 GHz kelajuan turbo. Ia juga turut mempamerkan prestasi model ThreadRipper paling tinggi iaitu model 1950X yang mempunyai 16 teras, 32 benang dan berkelajuan asas 3.4 GHz serta berkelajuan turbo 4GHz. Ujian yang digunakan ialah Cinebench R15, dan jelas sekali model ThreadRipper 1920X mengalahkan Intel Core i9-7900X, manakala model ThreadRipper 1950X mengalahkan kedua-duanya dengan margin yang tinggi.

Apa pun, bagi anda yang sememangnya menunggu-nunggu Ryzen 3 kerana merasakan Ryzen 5 dan 7 terlalu mahal, sila sediakan wang anda menjelang penghujung bulan ini untuk membeli pemproses Ryzen 3 anda. Bagi yang mempunyai USD799 hingga USD999 dalam tangan, anda boleh mendapatkan Ryzen ThreadRipper. Jika anda merasakan pemproses itu mahal, sebagai perbandingan, model Core i9-7900X dengan 10 teras dijual pada harga USD999 dan ia telah dikalahkan oleh ThreadRipper 1920X dengan 12 teras yang hanya berharga USD799. Oleh itu silalah membuat pertimbangan sepenuhnya sebelum anda membeli sebarang pemproses untuk komputer baharu anda.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top