Gaming

Asus VivoPC X: PC Sedia VR Kompak

Asus VivoPC X merupakan sebuah PC kompak yang direka untuk kegunaan di ruang tamu yang cukup berkuasa untuk menjalankan program-program VR. Ia telah mula dijual di Amrika pada harga USD 799.

Asus VivoPC X: PC Sedia VR Kompak

Asus VivoPC X dijual secara online di Amazon dan Newegg bersama-sama sebuah Oculus Rift dan alat kawalan sesentuh pada harga USD 1,299. Harga itu beratus-ratus dollar lebih murah berbanding membelinya secara berasingan.

Komputer yang hadir lebih lewat dari jangkaan (di CES 2017 ia diumumkan akan mula dijual pada bulan Mac) didatangkan dalam satu pakej 5 liter, dilengkapi pemproses Intel Core i5-7300HQ (Kaby Lake) di samping kad grafik GeForce GTX 1060 dan disokong 8GB DDR4 RAM.

Pada awalnya ASUS bercadang untuk melengkapkan komputer ini dengan ruang storan SSD 512GB m.2 SATA di samping 2TB HDD, tetapi model asasnya (A80CJ-DS51) akhirnya hanya dilengkapi cakera keras 1TB. Keputusan ini dikatakan diambil vendor tersebut untuk mengekalkan harganya pada harga sasarannya.

Mengalih keluar SSD akan memberi impak kepada masa memulakan sistem dan memuat permainan, tetapi tidak akan memberi impak kepada pengalaman bermain permainan video (walaupun cakera keras yang digunakan hanya berkelakuan 5,400 rpm dan bukan 7,200 rpm).

Dari segi sambungan dan rangkaian, ia dilengkapi Wi-Fi 802.11ac , Bluetooth 4.1, port Gigabit Ethernet, sepasang port HDMI 2.0b dan satu DisplayPort. Terdapat juga 6 port USB, 4 daripadanya USB 3.0 dan dua lagi USB 2.0.

Diharap komputer ini tidak hanya kekal dijual hanya di Amerika dan dijual juga secara global.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top