Bagaimana Cara Untuk Bermain Harvest Moon Di Komputer

Tahukah anda, lama sebelum kemunculan FarmVille (permainan berorientasikan pertanian yang paling popular di Facebook), Harvest Moon telah lama memonopoli pasaran tersebut? Bahkan FarmVille dikatakan mendapat inspirasi untuk membangunkan permainan tersebut dari permainan Harvest Moon sendiri.

Malah pada zaman kemuncaknya, jumlah pemain yang aktif dikatakan mencecah 84 juta orang. Namun begitu, rata-rata peminat Harvest Moon merungut kerana permainan tersebut tidak ditawarkan untuk platform PC.

Ini bermakna peminat perlu memiliki konsol seperti Nintendo 64, PSP, Gameboy Color, Nintendo DS, Gameboy Advance atau Nintendo Wii. Oleh sebab itu, ramai yang terpaksa melupakan hasrat mereka untuk menikmati permainan yang diminati ramai ini.

Berita baik untuk anda, hari ini kami akan berkongsi teknik bagaimana anda boleh bermain permainan video yang dicipta oleh Yasuhiro Wada ini.

Tekniknya adalah dengan menggunakan game emulator. Game emulator merupakan perisian yang menyalin fungsi asal sistem konsol di mana platform tersebut digunakan untuk melarikan fail permainan seperti Harvest Moon pada komputer anda.

Tutorial Untuk Bermain Harvest Moon

1. Walaupun tampak sukar, sebenarnya ianya sungguh mudah dilakukan. Apa yang perlu anda lakukan adalah melayari laman web CoolRom.

2. Pada ruangan kotak carian, masukkan kata kunci “harvest moon” di mana hasilnya adalah seperti seperti berikut: –

harvest moon

3. Katakan pilihan anda adalah Super Nintendo » Harvest Moon. Seperti yang anda dapat lihat, “Super Nintendo” yang berada di sebelah kiri adalah jenis emulator, manakala “Harvest Moon” yang berada di sebelah kanan pula adalah fail permainan. Klik pada pautan Harvest Moon dan muat-turun fail permainan: –

harvest moon

4. Kini  perlu memuat-turun emulator. Pada sebelah atas website terdapat tab bernama Emulator. Klik pada tab tersebut dan cari emulator Super Nintendo.

5. Terdapat senarai pautan dengan rating, klik pada pautan yang memiliki rating tertinggi. Muat-turun fail tersebut: –

harvest moon

6. Extract fail .zip bagi emulator pada desktop anda.

7. Extract fail .zip bagi permainan Harvest Moon di dalam folder emulator.

8. Buka emulator dengan mengklik pada fail .exe yang terdapat di dalam folder emulator. Anda akan dapat melihat applikasi seperti berikut: –

harvest moon

9. Pilih menu Load pada dan cari folder Harvest Moon yang terdapat di dalam folder emulator: –

harvest moon

10. Anda akan dapat melihat fail Harvest Moon di sebelah kiri skrin anda. Klik pada nama fail tersebut dan klik pada butang LOAD di sebelah bawah kanan: –

harvest moon

Tahniah! Anda kini sudah boleh menikmati permainan Harvest Moon pada komputer anda.

harvest moon

Untuk contoh ini, emulator yang digunakan adalah Super Nintendo, akan tetapi terdapat pelbagai jenis emulator lain di mana setiap mereka memiliki antara-muka yang berbeza: –

harvest moon

Akan tetapi, anda tidak perlu bimbang kerana konsepnya lebih kurang sama sahaja tidak kira apa jenis emulator sekalipun.

Kelebihan

  • Ianya 100% percuma.
  • Mudah dilakukan apabila anda sudah menyesuaikan diri dengan teknik ini.
  • Tiada keperluan minimum komputer memandangan tiada pemasangan yang diperlukan.

Keburukan

  • Kualiti grafik yang rendah.
  • Frame rate yang agak tinggi yang mungkin menjadikan komputer anda menjadi perlahan
  • Perlu membiasakan diri dengan papan kekunci.

Teknik ini bukan hanya untuk permainan Harvest Moon sahaja di mana terdapat pelbagai jenis permainan popular yang lain seperti Super Mario, Donkey Kong, Zelda, Final Fantasy, Street Fighter dan banyak lagi.

Tags: , ,

Pengarang: Jimi

 

Merupakan co-Founder blog CekikDarah.com yang meminati isu berkaitan Internet, teknologi, peranti elektronik dan pemasaran melalui Internet. Beliau telah menceburi perniagaan Internet sejak tahun 2000 dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa berkaitan Internet.

 

Terkini Mengenai Gaming

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Depends juga lah, setakat ni, kebanyakan tempat saya gi ada …
  • Izatul Fitriah: kalau di kawasan kampung,YES ni dapat liputan atau tidak? …
  • iMyn: Actually admin pun pakai Apple, cuma kadang-kadang tension g…
  • Afif Zafri: statement last tu mmg buat apple fan boy butthurt hahaha. bt…
  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
  • Sembang Gajet: Kemungkinan pendrive tidak lagi digunakan pada masa akan dat…
  • iMyn: 2 dahun lagi kalau tak ada masalah melanda, ia akan launch. …
 
 

Ruangan Perkenalan