Gaming

Butiran Mengenai Project Scorpio Didedahkan

Seperti yang dikatakan dalam pos tempoh hari, Eurogamer.net telah melaporkan bahawa pengguna Youtube Digitalfoundry telah diberi peluang untuk bertemu pihak Microsoft untuk diberikan taklimat penuh mengenai konsol Xbox terbaharu Microsoft yang akan datang yang diberi nama kod Project Scorpio. Kini pengguna Youtube tersebut telahpun menerbitkan video bagi mempersembahkan segala maklumat yang beliau peroleh hasil lawatan ke Microsoft itu. Video tersebut dipaparkan di atas.

Butiran Mengenai Project Scorpio Didedahkan

Antara butiran penting mengenai Project Scorpio termasuk:

  • Akan dilancarkan pada suku keempat
  • Menggunapakai cip buatan TCMC dengan sinibina 16nm FinFET yang merupakan evolusi cip Jaguar yang digunakan pada Xbox One.
  • 8 Teras pada kelajuan 2.3GHz, 4MB L2 Cache
  • Keupayaan pemprosesan 6 Teraflops
  • 12GB GDDR5 RAM dimana 4GB digunakan oleh sistem dan 8GB digunakan untuk permainan video.
  • Melarikan demo permainan Forza Motorsports pada resolusi 4K pada kadar 60FPS dan hanya menggunakan lebih kurang 60% kuasa CPU.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menonton video di atas, tetapi pada pendapat kami, konsol Xbox Project Scorpio kelihatan seperti sebuah konsol yang berkuasa dan patut dimilik. Mungkin satu cadangan yang baik untuk anda dapatkan sebuah TV 4K sementara menunggu konsol ini dilancarkan secara rasmi supaya anda boleh terus bermain apabila anda membelinya nanti. Tanpa TV 4K rasanya tidak berbaloi untuk mendapatkan konsol ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top