Gaming

CPU Desktop Intel Core i7 Extreme Edition Dilengkapi 10 Teras

Bagi para gamers professional, jarang kita dengar mereka menggunakan perkakasan bajet bagi menjimatkan wang. Biasanya mereka akan memilih perkakasan terpantas, terhebat dan termahal. Soal wang nampaknya tidak merisaukan mereka. Intel kini tampil dengan memberikan mereka satu lagi pilihan untuk mereka belanjakan wang mereka dengan memperkenalkan CPU desktop Intel Core i& Extreme Edition yang dilengkapi dengan 10 teras!

Intel Core i7 Extreme Edition

CPU Desktop Intel Core i7 Extreme Edition Dilengkapi 10 Teras

PC World melaporkan pemproses Broadwell-E baharu, atau nama penuhnya Core i7-6950X Extreme Edition, yang asalnya berfungsi pada kelajuan 3 GHz telah ditambahbaik untuk berfungsi pada kelajuan 3.5GHz. Selain itu, ia dilengkapi sehinga 25MB cache dan teknologi Intel Turbo Boost 3.0 bermakna pengguna boleh overclock sehingga 3.8GHz jika mereka rasakan 3.5GHz tidak cukup pantas.

Tetapi apalah gunanya mempamerkan spesifikasi tanpa menterjemahkannya dalam aplikasi dunia sebenar. Intel mendakwa cip ini boleh menjana video dan permainan 4K 25% lebih pantas berbanding cip i7-5960X terdahulu dan menjana kandungan 3D 35% lebih pantas. Ia merupakan cip terpantas yang berada di pasaran keluaran Intel. Memang tepat untuk para gamers dan mereka yang menggunakan komputer untuk aplikasi yang memerlukan pengiraan yang banyak .

Namun harganya juga sepadan dengan prestasinya. Untuk model 10 teras, harganya USD 1,700 manakala varian yang lebih murah dengan 8 teras berharga USD 1,000 dan model 6 teras berharga USD 600. Sememangnya pemproses Intel Core i7 Extreme Edition ini sebuah perkakasan mampu lihat, bukan mampu milik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top