Gaming

Exynos VR III : Headset VR Mandiri Samsung

Bagi mereka yang inginkan lebih daripada peranti Samsung Gear VR, Samsung kini dalam usaha membangunkan sebuah headset VR mandiri yang dikatakan mempunyai nama Exynos VR III.

Exynos VR III : Headset VR Mandiri Samsung

MSIP, sebuah agensi kerajaan utama di Korea Selatan mengumumkan Samsung sedang membangunkan sebuah headset VR semua dalam satu menggunakan teknologi penjejakan daripada sebuah syarikatnya bernama Visual Camp. Headset Exynos VR III itu dikatakan bukan sahaja mempunyai keboleh menjejak pergerakan mata dan tangan, malah turut menjejak suara dan mengecam ekspresi muka pengguna.

Menurut kenyataan media, penjejakan pergerakan mata adalah penting untuk “foveated rendering”, satu proses di mana paparan headset itu hanya memfokuskan kuasa grafik di tempat yang dipandang oleh pengguna. Ini memberikan prestasi grafik yang lebih baik di samping mengurangkan beban hasil peprosesan tekstur 360 darjah.

Ini bukan kali pertama Samsung mengumumkan pembangunan headset VR mandiri, walaupun belum dapat dipastikan headset Exynos VR III merupakan headset yang dimaksudkan oleh MSIP.

Baru-baru ini Samsung juga telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya satu headset VR semua dalam satu keluarannya akan menyaingi HTC Vive. Satu konsep headset tersebut dipercayai telah dipamerkan pada acara MWC 2017 secara rahsia, dilengkapi dengan pemproses peranti mudahalih 10nm Exynos 9, namun maklumat ini tidak dapat disahkan.

Namun, headset VR ini tidak dijangka dilancarkan dalam masa terdekat. Tetapi dengan pengumuman syarikat seperti HTC yang akan mengeluarkan sebuah headset VR yang tidak perlu disambungkan kepada komputer mahupun telefon pintar dan akan dilancarkan dalam tahun ini, tidak mustahil Samsung akan memperkenalkan Exynos VR III secara rasmi tidak lama lagi. Mungkin pada acara IFA 2017 September ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top