Gaming

OKU Ini Membina Alat Kawalan Permainan Video GEAR

5 tahun lalu, Gyorgy Levay kehilangan kedua belah tangannya akibat jangkitan meningitis. Ini menyebabkan gamer tegar itu tidak dapat lagi bermain permainan video menggunakan alat kawalan traditional. Kini Levay dan dua rakan  sekerjanya di universiti Johns Hopkins telah membina alat kawalan permainan video yang dioperasikan menggunakan kaki.

footcontroller-970-80

OKU Ini Membina Alat Kawalan Permainan Video GEAR

Alat kawalan permainan video yang mempunyai dua unit kawalan yang berbentuk seperti sandal yang setiap satunya dilengkapi tiga sensor yang boleh mengesan pergerakan kaki yang berbeza dan menterjemahkannya kepada arahan kawalan.

Ciptaan mereka yang dikenali sebagai Game Enhancing Augmented Reality atau GEAR, boleh mensimulasikan 8 butang pada tetapan paling asasnya atau sehingga 20 butang bagi mereka yang telah banyak berlatih. Alat ini telah digunakan untuk bermain beberapa jenis permainan video seperti Counter-strike, World of Warcraft dan Fallout 4.

“Selain tangan kita, kaki kita mungkin merupakan anggota badan paling tangkas” kata Adam Li yang turut terlibat dalam pembinaan alat ini. Ciptaan ini telah memenangi hadiah utama USD7,500 dalam pertandingan Intel-Cornell Cup.

Dalam sesi ujian, pasukan perekacipta merakamkan klip karakter permainan video yang dikawal oleh OKU menggunakan teknologi tersebut dan bertanya kepada pengguna web samada mereka dapat membezakan gerakan tersebut dengan gerakan pada segmen permainan video yang sama tetapi menggunakan alat kawalan biasa. Antara 51 orang yang ditanya, 81% dari mereka tidak dapat membezakan gerakan karakter tersebut.

Projek ini dilaksanakan bukan setakat untuk membolehkan Levay bermain permainan video. Lebih kurang 200,000 orang mengalami kehilangan anggota badan atas di Amerika dan 20 hingga 30 peratus dari mereka mengalami tekanan jiwa serta mengalami kesukaran bersosial, terutamanya mangsa yang muda.

Alat kawalan GEAR membolehkan mereka bersosial dalam satu cara yang tidak terkesan oleh kecacatan mereka. Inilah poin utama dalam penciptaan alat ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top