Gaming

Nvidia GeForce GTX 1060 Mini Menjanjikan Kuasa Dalam Pakej Mini

Nvidia telah melancarkan dua keeping kad grafik GeForce GTX 1060, salah satunya bersaiz mini untuk digunaan pada kasing PC kecil. Nvidia GeForce GTX 1060 Mini berukuran 6.86 inci (17.5cm +/-) panjang bermakna ia boleh dimuatkan dalam kasing mini-ITX.

GeForce GTX 1060 Mini

 

Nvidia GeForce GTX 1060 Mini Menjanjikan Kuasa Dalam Pakej Mini

Nvidia telah melengkapkan kad grafik GeForce GTX 1060 Mini dengan sebuah penyerap haba aluminium yang dibina secara teliti dan kipasy 90mm yang mempunyai yang bersentuhan secara terus dengan GPU bagi membolehkan penyejukan yang efisyen dan memastikan suhu tidak jadi tidak menentu apabila kuasa grafik GTX 1060 dimuatkan dalam ruang yang kecil. Kad grafik ini mempunyai kelajuan jam asas 1,506MHz dengan kebolehan untuk dipertingkatkan kepada 1,708MHz.

Syarikat itu juga memperkenalkan GTX 1060 AMP Edition yang berukuran lebih besar pada 8.27 inci (21cm) dan beroperasi pada kelajuan jam asas 1,556MHz dengan kebolehan untuk dipertingkatkan 1,771MHz.

Dari segi penyejukan pula, kad grafik ini dilengkapi sistem penyejukan IceStorm yang menawarkan 2 bilah kipas 90mm di samping paip haba tembaga 8mm dengan bilah kipas yang direka untuk memberikan aliran udara yang lebih baik, bermakna ia boleh beroperasi pada kelajuan yang lebih renah, sekaligus mengurangkan bunyi.

Zotac mendakwa bunyi yang dikeluarkan kad grafik ini hamper tidak boleh didengari dalam situasi beban grafik yang banyak, dan senyap ketika melahu. Kedua-dua kad grafik ini akan hadir dalam bulan ini tetapi harganya masih belum didedahkan.

Bagi mereka yang mencari kad grafik yang lebih berkuasa, anda boleh cuba melihat Gigabyte GTX 1070 Mini yang juga cukup kecil untuk dimuatkan dalam kasing mini-ITX. Lewat ini pengguna tidak perlu mengorbankan prestasi untuk penjimatan ruang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top