Gaming

HP Omen X Diperkenalkan

HP Omen X

Tahun lalu, HP telah memperkenalkan sebuah PC VR dalam beg sandang, tetapi kini ia telah menambahbaik idea tersebut dengan memperkenalkan HP Omen X, sebuah PC desktop kompak yang direka untuk menambahkan lagi flexibiliti kepada konsep tersebut.

HP Omen X

HP Omen X Diperkenalkan

HP Omen X didatangkan dengan sebuah dok dan juga sebuah beg sandang yang boleh dibeli secara berasingan, membolehkan ia disandang untuk kegunaan gaming VR tanpa wayar. Semasa ia tidak digunakan dalam mod VR, PC itu boleh diletakkan pada dok yang memberi akses kepada lebih banyak port, keyboard dan mouse, serta pelbagai peranti yang diperlukan pengguna.

HP menyasar untuk menjadikan PC ini terbaik dari dua sudut, sebuah PC desktop yang boleh ditransformasikan kepada PC VR yang boleh disandang. Ia dilengkapi pemproses Intel Kaby Lake Core i7, kad grafin Nvidia GeForce GTX 1080 yang di”overclock” serta 16GB RAM.

Menurut HP, PC itu menawarkan “kejuruteraan haba termaju” bagi memastikan ia disejukkan dengan baik di samping kekal kompak dan lebih penting, apabila PC itu disandang pengguna, rekabentuk sistem penyejukkan memastikan haba yang dikeluarkan tidak dihalakan kepada pengguna.

Aksesori beg sandang yang boleh didapati secara berasingan didatangkan dengan kabel headset VR yang lebih pendek, empat biji bateri yang boleh ditukar ganti dan sebuah dok pengecasan. Sebanyak dua biji bateri digunakan pada satu-satu masa.

Desktop kompak HP Omen X dijadualkan untuk pelancaran di Eropah pada bulan Ogos ini pada harga sekitar $2,499. Aksesori beg sandang pula berharga USD599.

Jadi, walaupun PC ini memberikan satu konsep menarik terhadap gaming dalam realiti maya, namun ia bukan sesuatu yang murah. Tambahan pula menggalas sebuah PC di dalam beg sandang bukanlah satu pengalaman yang selesa terutamanya untuk jangkamasa panjang, tetapi sekurang-kurangnya ia tidak menggunakan kabel yang boleh menjadi penyebab pemain jatuh akibat tersandung wayar.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top