Gaming

Infinity v1 : Senapang VR Dengan Reaksi Haptik

Dua tahun lalu, Striker VR telah dipertontonkan kepada umum dengan sistem sentakan haptik padanya yang memberikan sentakan yang realistik apabila digunakan dalam alam maya. Projek ini pada awalnya dibangunkan untuk tujuan latihan ketenteraan. Tetapi syarikat itu telah kembali dengan Infinity v1, selaras senapang VR yang boleh memberikan reaksi haptik untuk simulasi menembak menggunakan beberapa jenis senjata.

Striker VR Infinity v1

Infinity v1 : Senapang VR Dengan Reaksi Haptik

Striker VR telah tampil dengan prototaip senapang VR Infinity v1 dan memberikan peluang kepada wakil laman web Road to VR untuk menguji peranti tersebut. Videonya ditampilkan di bawah.

Infinity v1 dilengkapi mod menembak tunggal, bertiga dan automatik disamping mod menembak untuk senjata futuristik seperti railgun yang ditampilkan dalam permainan FPS. Untuk demo ini Striker VR menggunapakai pengesan kedudukan yang dipasang pada peranti tersebut, namun syarikat itu berkata peranti tersebut akan menyokong pelbagai jenis sistem pengesan kedudukan seperti PhaseSpace dan Sixense STEM yang telahpun disokongnya. 3 platform VR konsumer terbesar iaitu PlayStation Move, Oculus Constellation, dan Valve Lighthouse juga bakal menerima sokongan peranti ini.

Walaupun peranti ini masih di peringkat prototaip, Striker VR berkata ia akan menerbitkan SDK (Software Development Kit) menjelang penghujung tahun ini dan membayangkan versi konsumer produk ini akan dilancarkan tidak lama selepas itu. Nampaknya arena VR semakin menarik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top