Gaming

Intel Skull Canyon NUC Mula Dijual Di Malaysia

Anda mungkin telah membaca mengenai Intel Skull Canyon NUC dalam pos kami sebelum ini. Jika anda belum, anda boleh membacanya melalui pautan ini. Ia merupakan sebuah komputer gaming mini yang dijual secara barebones membolehkan penggunanya menyuaikan bilangan RAM dan storan flash yang diingininya. Kini ia telah mula ditawarkan di Malaysia.

Kredit: Ken Kaplan/Intel Corporation

Kredit: Ken Kaplan/Intel Corporation

Intel Skull Canyon NUC Mula Dijual Di Malaysia

Bagi para gamers yang inginkan satu PC gaming yang mudahalih dan boleh dimainkan di mana sahaja tempat asalkan ia mempunyai TV yang boleh menerima input HDMI, Intel Skull Canyon adalah satu produk yang agak menarik dan kini ia mula ditawarkan di Malaysia pada harga bermula harga sekitar RM2800++ bergantung kepada komponen yang disertakan.

Berikut merupakan spesifikasi asas Skull Canyon NUC yang dijual di Malaysia:

  • Menawarkan pemproses Intel® Generasi ke-6 Core i7
  • Intel® Iris™ Pro Graphics 580
  • Intel® HD Audio
  • Intel® 8260 Dwi-Jalur Wireless-AC + Bluetooth
  • Dua slot M.2 , Thunderbolt3
  • Gigabit LAN, 4xUSB3.0 (1x Menyokong Pengecasan)
  • 1xHDMI, 1xDisplayPort, 1xMini DisplayPort
  • Sensor IR di panel hadapan

Di Malaysia, terdapat 4 pakej yang ditawarkan oleh pembekal-pembekal iaitu:

  1. Barebone sahaja (tanpa M.2 SSD dan RAM) – RM2,888 – http://invl.co/y3h
  2. Dengan 8GB DDR4 RAM dan 128GB M.2 SSD – RM3,288 – http://invl.co/x3h
  3. Dengan 8GB DDR4 RAM dan 256GB M.2 SSD – RM3,588 – http://invl.co/z3h
  4. Jika pembekal di atas telah kehabisan stok, anda boleh menempah (dijangka akan diedarkan 15 Julai) model NUC dengan 8GB DDR4 RAM dan 120GB M.2 SSD pada harga RM3,599 di http://invl.co/03h

Dari segi prestasi grafik, pengguna Youtube dengan nama Empire Media TV telah membuat pengujian terhadap BUC ini yang dilengkapi Intel Iris Pro Graphics 580 dan videonya boleh ditonton di bawah. Namun secara ringkasnya, untuk permainan yang tidak begitu berat seperti Dota 2, ia boleh dimainkan pada resolusi 108p pada setting tinggi dengan lancar dan pada kadar bingkai sesaat yang tinggi. Namun apabila bermain permainan 3rd person shooter seperti Tomb Raider dan Metal Gear Solid, anda terpaksa merendahkan settingnya untuk mendapat kadar bingkai sesaat yang memuaskan.

Ok, tidak dapat dinafikan ia bukanlah pengganti PC gaming bersaiz penuh anda, jadi mengapa anda patut membelinya? Jawapannya adalah oleh kerana ia dilengkapi port Thunderbolt 3, anda boleh menyambungkan peranti kad grafik luaran seperti Razor Core. Dengan peranti tersebut, anda boleh memasangnya dengan apa jua kad grafik PCI Express dan menggunakan kuasa pemprosesan grafiknya dengan NUC anda. Ini menjadikan Skull Canyon NUC ini pada tahap yang sama dengan PC gaming bersaiz penuh. Walaubagaimanapun, peranti Razor Core masih belum memasuki pasaran Malaysia secara rasmi.

Apa pun diharap cadangan kami dapat membantu anda membuat keputusan dalam pembelian peralatan gaming anda.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



To Top