Gaming

Jangan Muatturun Driver Terbaharu Nvidia Buat Masa Ini

Bagi pengguna kad grafik keluaran syarikat Nvidia, anda tentu menyedari bahawa terdapat driver terbaharu Nvidia yang telah sedia dimuatturun. Tetapi buat masa ini tindakan terbaik adalah untuk tidak memuatturun dan memasangnya. Sebabnya dijelaskan di bawah.

Driver Terbaharu Nvidia

Jangan Muatturun Driver Terbaharu Nvidia Buat Masa Ini

Syarikat kad grafik itu telah menyedari bahawa driver terbaharu Nvidia mempunyai beberapa masalah termasuk menghuru-harakan kelajuan jam (clock speed) memori dalam sesetengah model kad grafik keluaran Nvidia.

Syarikat itu mengeluarkan pos yang menyenaraikan kelemahan yang datang bersama versi driver 375.86 yang sebahgian besarnya melibatkan kad grafik berasaskan Pascal. Sesetengah kad grafik GTX 1060, 1070 dan 1080 mempunyai masalah di mana kelajuan jam memorinya tersekat pada kelajuan sekitar 810MHz.

Terdapat juga masalah dengan beberapa permainan video. Battlefield 1 yang dijalankan dengan kad berkonfigurasi SLI (menggunakan dua kad grafik pada masa yang sama) akan memperlihatkan gangguan pada paparannya dan teks menu yang bermasalah (AMD mempunyai masalah sama).

Call of Duty: Infinity Warefare juga mempunyai masalah gangguan sama dengan konfigurasi SLI dan Nvidia berkata ia sedang bekerjasama dengan pembangun perisian untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat juga laporan ralat skrin biru berlaku dalam sesetengah kes.

Kesimpulannya, ia bukan tahun yang baik untuk Nvidia. Syarikat ini mempunyai rekod yang baik berhubung dengan driver, namun segalanya mula merosot pada tahun 2016 ini dengan beberapa permainan video versi pernuh mengalami masalah.

Versi driver 375.86 dikeluarkan untuk mengoptimasikan kad grafik Nvidia dengan permainan video seperti Battlefield 1, Civilization VI, Tom Clancy’s The Division Survival DLC dan Steep: Open Beta.

Diharap Nvidia dapat menyelesaikan masalah driver ini dengan secepat mungkin.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top