Gaming

Jualan Nintendo Switch Di Amerika Pecah Rekod

Dalam satu siri tweet, wartawan New York Times, Nick Wingfield mendedahkan beberapa statistik menarik mengenai Nintendo Switch dengan melaporkan bahawa jualan konsol itu untuk dua hari telah mengatasi jualan pelancaran konsol-konsol keluaran Nintendo sebelum ini di Amerika. Maklumat ini datangnya hasil dari temuramahnya dengan presiden Nintendo Amerika, Reggie Fils-Aimé.

Jualan Nintendo Switch Di Amerika Pecah Rekod

Wingfield menegaskan kepentingan berita yang disampaikan dalam tweetnya memandangkan pelancaran Nintendo Switch dilakukan dalam bulan Mac dan bukan pada musim cuti penghujung tahun sebagaimana dilakukan pada pelancaran Nintendo Wii, yang memegang takhta jumlah jualan dua hari terbanyak.

Permainan The Legend of Zelda: Breath of the Wild juga harus diberi pujian kerana ia mengatasi permainan Super Mario 64 sebagai permainan paling laris dalam sejarah permainan yang dijual pada hari pelancaran sesebuah konsol. Harus diingat juga bahawa hanya dua permainan utama itu dilancarkan pada hari pelancaran konsol dan dengan dua tajuk utama itu sudah mampu menarik minat pengguna untuk membeli konsol tersebut pada kuantiti yang banyak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top