Gaming

Lengan Bionik Deus Ex Sebenar Sedang Dibangunkan

Bagi para gamers di luar sana, anda tentu kenal dengan francais permainan video Deus Ex yang menampilkan watak utama Adam Jenson yang mempunyai anggota badan bionik. Kini pembangun Deus Ex, Eidos Motreal mengumumkan ia akan bekerjasama dengan Open Bionics dan Razer untuk membangunkan satu siri lengan bionik mampu milik untuk dipasarkan.

deus ex bionic arm-970-80

Lengan Bionik Deus Ex Sebenar Sedang Dibangunkan

Dalam latarbelakang masa hadapan permainan video Deus Ex, manusia yang dilengkapi anggota badan bionik mendapati diri mereka dipulaukan masyarakat dan dianggap sebagai penduduk kelas kedua.

Open Bionics akan menggunakan pencetakan 3D bagi membawanya ke pasaran dan akan menyediakan cetakan biru dan rekaannya secara bebas royalti, membolehkan pengguna mengubahsuai dan membuatnya di rumah.

Peranan Razer dalam inisiatif ini adalah melalui kamera Stargazer keluarannya, yang membolehkan pengguna cuba memakai tangan bionik tersebut secara maya di acara-acara dengan melakukan “motion capture” atau rakaman gerakan pada lengan pengguna ke atas suapan video.

Lengan palsu, sepertimana kebanyakan peralatan kesihatan, sangat mahal bagi mereka yang tidak mempunyai insurans atau ketiadaan sistem perubatan yang baik di negara mereka.

Jika kolaborasi ini dapat menurunkan harga peralatan tersebut, ia tentunya akan memanfaatkan ramai yang mempunyai amputasi anggota badan mereka dan itu sememangnya suatu yang baik. Anda boleh menonton video mengenai lengan bionik tersebut di bawah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top