Gaming

Lenovo IdeaCentre Y710 Cube PC Gaming Sedia 4K dan VR

Lenovo telah melancarkan dua buah PC sedia VR baharu dengan rekabentuk mudahalih, salah satunya PC semua dalam satu dan satu lagi PC gaming yang dinamakan Lenovo IdeaCentre Y710 Cube. Idea di sebalik dua PC ini ialah untuk membolehkan anda mengalami VR di mana sahaja anda berada.

Lenovo-IdeaCentre-Y710-Cube-970-80

Lenovo  IdeaCentre Y710 Cube PC Gaming Sedia 4K dan VR

Dimulakan dengan PC Lenovo IdeaCentre Y710 Cube an seperti dibayangkan dengan namanya (Cube), ia sebuah PC Windows 10 kompak berbentuk kiub yang hanya seberat 7.25kg dan didatangkan dengan pemegang untuk mengangkatnya.

Spesifikasinya terdiri daripada pemproses Intel Skylake Core i7, dan kad grafik GoForce GTX 1080, serta jumlah RAM maksima 32GB. Dari segi storan pula, penguna mempunyai pilihan 256GB SSD atau cakera keras 2TB.

Dengan spesifikasi demikian, pengguna mempunyai kuasa yang lebih dari cukup untuk menjalankan fungsi 4K dan VR. Tambahan pula, sistem Wi-Fi Killer DoubleShot Pro mengurangkan kelembapan pada sambungan tanpa wayar, dan penyambung Xbox tanpa wayar membolehkan sambungan tidak kurang dari 8 buah alat kawalan Xbox pada satu masa.

Lenovo-IdeaCentre-AIO-Y910-650-80

Sebuah lagi PC yang dilancarkan adalah PC semua dalam satu Lenovo IdeaCentre AIO Y910 yang dilengkapi skrin tanpa bingkai 27 inci dengan resolusi 2560 x 1440 yang juga menawarkan kadar segar semula 144Hz dan kadar respon 5ms.

Spesifikasinya adalah sama seperti IdeaCentre Y710 Cube iaitu Intel Skylake Core i7, Nvidia GeForce GTX1080 (atau AMD Radeon RX 460), 32GB RAM, 256GB SSD atau 2TB SSD. Ia juga dilengkapi sistem Wi-Fi Killer DoubleSHot Pro dan juga sepasang speaker 5W Harman Kardon terbina dalam.

Lenovo juga berkata panel belakang AIO mudah ditanggalkan untuk memberi akses lepada komponen utamanya sekiranya pengguna mahu menaiktaraf di kemudian hari.

IdeaCentre Y710 Cube yang dilengkapi kad grafik GTX 1070 dijual bermula pada harga USD1,300 dan IdeaCentre AIO Y910 yang juga dilengkapi GTX 1070 dijual pada harga yang lebih mahal, iaitu USD1,800.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top