Gaming

Maklumat Prestasi AMD Radeon RX470 dan RX460 Dibocorkan

Spesifikasi dan prestasi dua keping kad grafik mampu milik terbaharu AMD iaitu Radeon RX470 dan RX460 telah dibocorkan sebelum waktunya. Kedua-dua model kad grafik ini adalah sebahagian dari keluarga Radeon RX480 yang sememangnya mampu milik.

AMD-Radeon-RX-400-Series-900x506

Maklumat Prestasi AMD Radeon RX470 dan RX460 Dibocorkan

AMD telah menerbitkan sebahagian maklumat mengenai Radeon RX470 dan RX460 yang akan dipasarkan awal Ogos ini dan sebulan lepas syarikat itu mengatakan bahawa RX470 akan mencapai tahap pemprosesan 4 teraflop, 32 unit pemprosesan, memori 4GB dan memberikan prestasi gaming HD penuh premium.

Menurut slaid yang dibocorkan laman web Videocardz, kad grafik RX470 sebenarnya mencapai prestasi hampir 5 teraflop (secara tepatnya, 4.9 teraflop) dan dilengkapi 2048 pemproses strim, kelajuan jam asas 926MHz (boleh dipertingkatkan kepada 1206MHz), dan kelajuan memori sepantas 1650MHz. Ia juga mempunyai TDP 120 Watt.

AMD-Radeon-RX-470-full-specs-900x506

AMD mendakwa prestasi kad grafik ini akan membolehkan ia digunakan untuk jangkamasa yang lama tanpa perlu dinaiktaraf atau digantikan dan berupaya memberikan prestasi gaming HD yang terbaik. Untuk membuktikannya, AMD memaparkan prestasinya memainkan beberapa buah permainan video terkenal pada setting Ultra.

AMD-Radeon-RX-470-performance-900x506

Bagi kad grafik Radeon RX460 pula, ia merupakan kad grafik paling rendah ditawarkan dalam keluarga kead grafik ini dan mempunyai prestasi pemprosesan 2.2 teraflop, dilengkapi 896 pemproses strim, dan kelajuan jam asas 1090MHz (boleh dipertingkatkan kepada 1200MHz) di samping kelajuan memori 1750MHz. Ia didatangkan dalam model 2GB dan 4GB memori dan TDP di bawah 75 Watt, bermakna ia tidak perlu disambungkan kepada PSU untuk beroperasi.

AMD-Radeon-RX-460-full-specs-900x506

Ia dikatakan mempunyai prestasi pada kelas konsol dan dibandingkan dengan R7 260X menggunakan permainan video eSukan terkenal.

AMD-Radeon-RX-460-performance-900x506

Jika slaid yang dibocorkan ini tulen, bermakna, AMD Radeon RX470 akan dilancarkan pada 4 Ogos dan RX460 akan dilancarkan pada 8 Ogos. Walaubagaimanapun harganya belum ditetapkan setakat ini.

Spesifikasi siri AMD Radeon RX 400 (Sumber: VideoCardz.com)
AMD Radeon RX 480 AMD Radeon RX 470 AMD Radeon RX 460
GPU Polaris 10 XT  Polaris 10 PRO Polaris 11
Proses Fabrikasi 14nm FinFET 14nm FinFET 14nm FinFET
Pemproses Strim 2304 2048 896
TMUs 144 128 48
ROPs 32 32 16
Kelajuan Jam Asas 1120 MHz 926 MHz 1090 MHz
Kelajuan Jam Dipertingkat 1266 MHz 1206 MHz 1200 MHz
Prestasi Pemprosesan 5.2 TFLOPs 3.8 TFLOPs 2.0 TFLOPs
Prestasi Pemprosesan Maks. 5.8 TFLOPs 4.9 TFLOPs 2.2 TFLOPs
Konfigurasi Memori 4/8 GB GDDR5 4GB GDDR5 2/4GB GDDR5
Antaramuka Bas 256-bit 256-bit 128-bit
Kelajuan Memori 2000 MHz 1650 MHz 1750 MHz
Lebarjalur Memori 256 GB/s 211 GB/s 112 GB/s
TDP 150W 120W <75W
Dilancarkan Sekarang August 4th August 8th
Harga Pelancaran USD199 (4 GB – tiada di Malaysia)
RM1299-1399 (8 GB)
Belum Diumumkan Belum diumumkan

Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa model Radeon RX480 dikhaskan untuk VR, RX470 untuk gaming HD penuh dan RX460 untuk eSukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top