Gaming

Microsoft Mengesahkan Project Scorpio

Selain memperkenalkan Xbox One S, Microsoft juga turut mengumumkan secara rasmi ia sedang menjalankan projek pembangunan konsol permainan video generasi terbaharu yang dinamakan Project Scorpio.

project scorpio-650-80

Microsoft Mengesahkan Project Scorpio

“Inilah konsol yang para pembangun minta kami bangunkan”. Itulah kenyataan Microsoft menerangkan matlamat Project Scorpio yang sedang mereka jalankan. Konsol Microsoft itu bakal dilancarkan pada tahun 2017 dan mempunyai kuasa pemprosesan grafik 6 tera-flop dan CPU dengan 8 teras.

Dalam video pengenalannya, Microsoft tidak mendedahkan banyak maklumat mengenainya selain beberapa spesifikasi utamanya dan falsafah di sebaliknya. Pendek kata, inlah konsol yang bakal menyamai atau menjangkaui jangkaan pera gamers dalam dua aspek: Gaming dalam resolusi 4K dan VR.

Walaubagaimanapun, dalam video tersebut tiada siap menyebut samada konsol ini akan menggunapakai teknologi AMD atau Nvidia, tetapi beberapa butiran mengenai keupayaannta telah disebut menggunakan istilah teknikal.

Pertama, ia berkeupayaan memproses grafik sepantas 6 Teraflop. Untuk memberi perspektif, ia kurang 3 teraflop dari keupayaan GeForce GTX 1080 dan 5 kali prestasi Xbox One sedia ada. PS4 Neo yang dikhabarkan akan dikeluarkan Sony juga dikatakan hanya berkeupayaan 4.14 Tera-flops.

Konsol ini juga boleh menjana visual pada frekuensi 60Hz gambar yang dihasilkan lebih lancar memandangkan ia segerak dengan refresh rate TV. Peningkatan prestasi ini juga bertujuan membolehkan konsol ini menjalankan VR, dengan wakil Bethesda, Todd Howard, menamakan Fallout sebagai calon peralihan ke VR.

Akhir sekali Project Scorpio dijamin serasi dengan semua permainan Xbox yang terdahulu secara menyeluruh.

Jadi jika anda ingin menaiktaraf Xbox One anda, tunggulah sehingga Project Scorpio dilancarkan kelak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top