Gaming

Microsoft Xbox One X Dilancarkan

Kita telah mendengar tentang projek konsol gaming Project Scorpio sejak sekian lama, dan kini Microsoft telah melancarkannya secara rasmi di bawah nama Xbox One X. Video di atas dari rakan-rakan di The Verge memberi pandangan secara umum mengenai acara pelancarannya yang diadakan tempoh hari.

Xbox One X

Microsoft Xbox One X Dilancarkan

Antara butiran penting yang disebut pada acara tersebut adalah:

  • Ia akan mula dijual pada 7 November pada harga USD499 (RM2100++).
  • GPU dengan kuasa pemprosesan 6 teraflop 1.172GHz disokong memori 12 GDDR5 dan lebarjalur memori 326GB/s.
  • Teknologi buatan pemproses 16nm, 7 billion transistor dan bas memori 384 bit. Pemproses paling pantas diletakkan pada sebuah konsol permainan video.
  • Paparan 4K sebenar dengan tekstur dan aset 4k, 8 Billion piksel, HDR. gamut warna luas, bunyi berkualiti tinggi Dolby Atmos dan memain semula cakera Blu-Ray 4K UHD.
  • Permainan dan aksesori Xbox terdahulu disokong dan boleh digunapakai pada Xbox One X.
  • Permainan terdahulu akan mempunyai kualiti visual yang dipertingkatkan.
  • Permainan Forza 7 akan dilancarkan pada 3 Oktober dan boleh dijalankan pada Xbox One pada resolusi penuh 4K pada 60fps.
  • Permainan 4K baharu seperti Metro Exodus, Assasins Creed Origins, Mincraft dan Anthem.

Pelancaran Xbox One X akan dilakukan secara global, jadi jika anda berminat mendapatkannya, bolehlah mula menyimpan wang secukupnya menjelang 7 November 2017. Xbox One S akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos ini pada harga USD 399, namun, jika anda mempunyai kemampuan yang lebih, ada baiknya menunggu sehingga November untuk mendapatkan satu produk yang lebih baik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top