Gaming

Mozilla Dan Epic Games Berusaha Membawa Permainan Berkualiti Konsol Ke Web

Mozilla dan Epic Games

PS4? Xbox 720? Sememangnya barisan konsol yang hebat, namun tidak lama lagi anda tidak lagi memerlukan konsol untuk bermain permainan video berkualiti konsol.

Mozilla dan Epic Games sedang berusaha membawa permainan video berkualiti konsol ke web yang membolehkan sebarang peranti yang boleh melarikan web browser untuk bermain permainan video 3D.

Mozilla dan Epic Games

Mozilla Dan Epic Games Berusaha Membawa Permainan Berkualiti Konsol Ke Web

Mozilla dan Epic Games bergabung tenaga untuk membawa Unreal Engine 3 (UE3) ke web browser. Kod permainan video yang menggunapakai UE3 boleh diproses kepada sebuah enjin JavaScript baru yang dibangunkan oleh Mozilla.

Pembangun di sebalik projek ini mengatakan bahawa program yang dijalankan menggunakan sistem ini akan berfungsi pada kalajuan yang sama dengan aplikasi native.

Mozilla sedang mempamerkan kabolehan sistem ini di booth mereka di GDC 2013. Berikut adalah sebuah video yang menunjukkan demonstrasi teknologi ini yang dijalankan pada web Browser Mozilla.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top