Gaming

Nintendo Switch Dilancarkan

Nintendo akhirnya telah melancarkan konsol permainan video terbaharunya, Nintendo Switch melalui sebuah trailer pengumuman yang diterbitkan di Youtube.

Nintendo Switch

Nintendo Switch Dilancarkan

Trailer tersebut memberikan penerangan ringkas mengenai fungsi-fungsi dan ciri-ciri Nintendo Switch itu yang dilihat boleh dimainkan sebagai sebuah konsol ruang tamu, ataupun secara mudahalih, menjadikannya sebuah konsol serba boleh.

Peranti sebesar tablet itu didatangkan dengan dua buah alat kawalan yang boleh ditanggalkan dari unit utama dan unit utama itu turut dilengkapi kickstand. Trailer itu turut menampilkan beberapa jenis orang berlainan menggunakan konsol yang pernah digelar Nintendo NX dengan cara mereka tersendiri, di dalam dan di luar rumah.

Trailer berkenaan juga mempamerkan beberapa buiran mengenai konsol itu yang pernah bocor ke web sebelum ini termasuk rekabentuk hybrid konsol-peranti mudahalih dan juga mempamerkan kebolehan lain seperti kebolehan untuk menghubungkan dua konsol sekali untuk bermain permainan tempatan dan berkongsi skrin dalam mod mudahalih. Trailer penuh seperti di bawah:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top