Gaming

Nvidia melancarkan secara rasmi GeForce GTX 1080 Ti

Setelah banyak spekulasi mengenai kad grafiknya, Nvidia keni secara rasminya melancarkan kad grafik GeForce GTX 1080 Ti hari ini pada acara Game Developers Conference di San Francisco. Menurut Nvidia, kad grafik baharu ini mengatasi prestasi GTX 1080 sebanyak 35%. Ini berdasarkan ujian dalaman kad grafik tersebut melarikan permainan video seperti Battlefield 1, Crysis 3, Rise of the Tomb Raider, Deus Ex: Mankind Divided, Doom, dan The Witcher 3: Wild Hunt pada resolusi 1440p dan 4K.

Nvidia melancarkan secara rasmi GeForce GTX 1080 Ti

Nvidia mendakwal GeForce GTX 1080 Ti mempamerkan peningkatan paling ketara dari segi prestasi dalam sejarah kad berjenama “Ti”. Sebelum ini, kad grafik GTX 780 vs GTX 780 Ti dan GTX 980 vs GTX 980 Ti memperlihatkan peningkatan masing-masing sebanyak 18 dan 20 peratus.

Sumber Gambar: Gamespot

Suhu operasinya juga didakwa lebih rendah berbanding kad asasnya dengan mencatatkan suhu 5 darjah celsius kurang darinya apabila berfungsi pada tahap bunyi yang sama. Dengan kata lain, pada suhu sama, kad GTX 1080 Ti berfungsi 2.5 desibel lebih senyap.

Pada kad itu sendiri, ia mempunyai 12 billion transistor, 3584 teras CUDA, 28 unit geometri, 224 unit tekstur, 28 multipemproses penstriman (SM); setiap satu dengan 128 teras, dan menggunapakai antaramuka memori 352-bit GDDR5x. Kad grafik yang dibina dengan senibina Pascal itu dilengkapi dengan sebanyak 11GB VRAM dan kelajuan jam asas sepantas 1583 MHz. Dalam satu demonstrasi yang dipertontonkan kepada hadirin, kad itu diperlihatkan teleh dioverclock kepada lebih 2000 MHz dan pada masa yang sama mengekalkan suhu 66 darjah celsius menggunakan penyejuk stok semasa sedang dibebankan dengan tugasan berat.

GeForce GTX 1080 Ti akan mula dijual pada 6 Mac pada harga USD 699 manakala versi asas GTX 1080 akan dikurangkan harganya kepada USD 499.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top