Panduan Pembelian Kad Grafik : Ogos 2013

Setelah mendapat duit raya (atau memberi duit raya), bagi mereka yang mempunyai wang lebih untuk digunakan untuk dilaburkan ke arah perkakasan permainan video, kami di TechKini ingin memperkenalkan sedikit panduan membeli kad grafik mengikut bajet anda (bajet rendah dan pertengahan). Harga dipaparkan adalah harga anggaran dan berlainan dari kedai ke kedai dan dari jenama ke jenama.

Kad Grafik

Panduan Pembelian Kad Grafik : Ogos 2013

Memilih Jenama

Terdapat 2 pembangun kad grafik utama di dunia iaitu AMD dan Nvidia yang mengeluarkan model asas kad grafik bagi panduan pengeluar. Bagi setiap model kad grafik terdapat pelbagai pengeluar yang mengeluarkan kad grafik tersebut di bawah jenama mereka.

Dengan berpandukan model asas yang dikeluarkan AMD dan Nvidia, pengeluar ini akan membuat talaan pada rekabentuk kad grafik tersebut dan mengeluarkan versi kad grafik mereka. Biasanya prestasi antara jenama-jenama ini tidak jauh berbeza, jadi, dalam membuat keputusan untuk membeli, pertimbangkan jenis-jenis output pada kad grafik (HDMI, DVI, VGA dll), perisian tambahan dan juga freebies (permainan video, penyuai soket dll).

Juga periksa samada kad grafik tersebut memerlukan Aux power atau sambungan tenaga tambahan. Jika ia memerlukan sambungan kuasa tambahan, pastikan juga bekalan kuasa komputer anda menyokong jumlah tenaga yang diperlukan kad grafik tesebut. Juga tidak dilupakan juga durasi waranti untuk kad grafik tersebut.

Tahap Entri, Bajet : RM200 – RM400

Julat ini dikira sebagai kad grafik tahap entri. Kad grafik di tahap ini menjalankan permainan-permainan terbaru pada setting pertengahan atau tinggi (bukan Ultra) pada kelancaran antara 25 – 40 fps. Ia biasanya tidak memerlukan bekalan tenaga kedua untuk menjalankannya.

Radeon HD6670 DDR 5 (RM 235)

6670Spesifikasi Teknikal

GPU : Turks (VLIW5)
Process :40 nm
Shader Units :480
Texture Units :24
ROPs :8
Core Clock :800 MHz
Memory Clock :1000 MHz DDR5
Memory Bus :128-bit
Memory Bandwidth :64 GB/s
Memory Capacity :1 GB
DirectX, Shader, OpenGL :11/5.0/4.1
Max. TDP : 66 W
Aux. Power Connector(s) :None
Min. Power Supply : 400 W
Radeon HD 7770 (RM350)

7770Spesifikasi Teknikal

GPU : Cape Verde (GCN)
Process :28 nm
Shader Units :640
Texture Units :40
ROPs :16
Core Clock :1000 MHz
Memory Clock :1125 MHz GDDR5
Memory Bus :128-bit
Memory Bandwidth :72 GB/s
Memory Capacity :1 or 2 GB
DirectX, Shader, OpenGL :11/5.0/4.2
Max. TDP :80 W
Aux. Power Connector(s) :1 x 6-pin PCIe
Min. Power Supply :450 W
Tahap Pertengahan, Bajet (RM350 – RM700)

Kad-kad grafik pada peringkat ini adalah untuk mereka yang kurang puas hati dengan prestasi kad grafik entri dan inginkan kadar bingkai (framerate) yang lebih tinggi terutamanya dalam permainan video berat seperti Crysis 3 dan Metro 2030. Pada masa yang sama, pengguna yang ingin mendapatkan kad grafik pada kategori ini juga sanggup membelanjakan wang yang lebih sedikit berbanding kad grafik tahap entri. Kadar bingkai bagi kad grafik ini adalah antara 30 – 55 fps pada setting permainan video tinggi.

Radeon HD 7790 (RM455)

7790Spesifikasi Teknikal

GPU : Bonnaire (GCN)
Process :28 nm
Shader Units :896
Texture Units :56
ROPs :16
Core Clock :1000 MHz
Memory Clock :1500 MHz GDDR5
Memory Bus :128-bit
Memory Bandwidth :96.0 GB/s
Memory Capacity :1 GB
DirectX, Shader, OpenGL :11/5.0/4.2
Max. TDP :85
Aux. Power Connector(s) :1×6-pin
Min. Power Supply :500 Watt
GeForce GTX 650 Ti OC with Boost 2 GB (Rm685)

650_ti_boost_Spesifikasi Teknikal

GPU : GK106 (Kepler)
Process :28 nm
Shader Units :768
Texture Units :64
ROPs :24
Core Clock :980 MHz
Memory Clock :1502 MHz GDDR5
Memory Bus :192-bit
Memory Bandwidth :144.2 GB/s
Memory Capacity :1 or 2 GB
DirectX, Shader, OpenGL :11/5.0/4.3
Max. TDP :134 W
Aux. Power Connector(s) :1 x 6-pin PCIe
Min. Power Supply :450 W
Tahap Gamer, Bajet : RM 700 -RM1000

Kad-kad grafik dalam kategori ini untuk mereka yang bermain permainan video secara serious dan inginkan prestasi permainan video yang lancar pada tahap setting Ultra. Pengguna boleh mengharapkan kadar bingkai sesaat dari 45 – 65 yang sememangnya cukup lancar untuk kebanyakan gamer.

Radeon HD 7870 (RM715)

7870Spesifikasi Teknikal

GPU : Pitcairn (GCN)
Process :28 nm
Shader Units :1280
Texture Units :80
ROPs :32
Core Clock :1000 MHz
Memory Clock :1200 MHz GDDR5
Memory Bus :256-bit
Memory Bandwidth :153.6 GB/s
Memory Capacity :2 GB
DirectX, Shader, OpenGL :11/5.0/4.2
Max. TDP :175 Watts
Aux. Power Connector(s) :1×6-pin
Min. Power Supply :500 Watt
nvidia-geforce-gtx-760-evga-619GeForce GTX 760 (RM1199)

Spesifikasi Teknikal

GPU : GK104 (Kepler)
Process :28 nm
Shader Units :1152
Texture Units :96
ROPs :32
Core Clock :980 MHz (1033 MHz Turbo)
Memory Clock :1502 MHz GDDR5
Memory Bus :256-bit
Memory Bandwidth :192.2 GB/s
Memory Capacity :2 or 4 GB
DirectX, Shader, OpenGL :11/5.0/4.3
Max. TDP :170 Watts
Aux. Power Connector(s) :2×6-pin
Min. Power Supply :500 Watt
7950Radeon HD 7950 (RM 999)

Spesifikasi Teknikal

GPU : Tahiti (GCN)
Process :28 nm
Shader Units :1 792
Texture Units :112
ROPs :32
Core Clock :850 MHz
Memory Clock :1,250 MHz GDDR5
Memory Bus :384-bit
Memory Bandwidth :240 GB/s
Memory Capacity :3 GB
DirectX, Shader, OpenGL :11/5.0/4.2
Max. TDP :200 W
Aux. Power Connector(s) :2 x 6-pin PCIe
Min. Power Supply :500 W

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Gaming

 

25 Comments

  • aku mau tanya prosesor amd e2-3200 vga mana boleh

    • Tak berapa faham soalan, tapi processor /APU E2 ni biasa guna pada netbook generasi tahun lepas. Bro, processor ni slow, so kalau boleh elakkan, sila elakkan beli netbook atau laptop yang guna APU E2 ni, kecuali hanya guna laptop tu utk Word dan tgk movie.

  • masuk saya amd e2 -3200 graphic card mana boleh

    • APU yang ini merupakan APU generasi terdahulu, jadi jika mahu jimat Radeon HD6670 DDR 5 sesuai juga untuk APU ini. Kalau dapat cari kad grafik ni, cari yang GDDR5 dan jgn ambil yang GDDR3.

  • terima kasih imyn sekara jugak pegi beli HD 6670

  • boleh saya tanya lagi amd e2 boleh amd R7-260X

    • Kalau ada duit lebih, boleh jer beli yang tu, cuma takut bottleneck kat processor. Kalau beli yang ni mungkin kena ada plan untuk upgrade SSD sekali. Lagipun, kemungkinan HD6670 stok susah sikit nak cari. Boleh lah beli yang ni kalau ada duit lebih. no problem

  • Lokey

    saya newbie dlm bab2 hardware pc ni..tapi teringin nak buat gaming pc..boleh bagi guide sikit tak mcm mana nak buat gaming pc yang bagus?..dari cpu,ram, kad grafik, dll..budget saya dalam RM2500-RM3000..terima kasih.

    • Lokey

      sebelum tu saya lebih prefer amd/ati..tq

      • Ok, buat masa ni baik hold on dulu, sebab AMD akan keluar APU Kaveri awal tahun depan dan awal tahun depan juga kuar RAM DDR4 yang melibatkan jenis motherboard baru. Kalau boleh tunggu baik tunggu dalam bulan Februari tahun dpn. Rugi gak sebab sekarang ni tengah shift in hardware generation, so kalau beli sekarang, 2-3 bulan lagi dah ketinggalan dari segi generasi hardware. RM3000 tu banyak gak boleh beli. Tapi kalau nak beli gak tahun ni, kalau guna mostly untuk gaming amik processor A10 6800k (“k” tu maknanya boleh overclock), 8GB DDR3, Kad grafik R9280X OC (overclock), motherboard yang Asus OK gak, casing tengok yang pengudaraan baik dan power supply 450w – 500w. Saiz skrin, up tu your budget. Kalau ada duit lebih boeh amik yang power lagi, tapi untuk yang basic, yang ini dah ok dah…

        • Lokey

          thanks bro..saya rasa saya tunggu tahun depan je la,rasa rugi pulak kalau buat sekarang…tapi APU Kaveri tu mcm mna?..perlu graphic card lagi tak kalau guna APU Kaveri ni?

          • Kaveri tak pakai kad grafik masih boleh main Battlefield 4 setting medium dengan lancar. tapi untuk best performance kena pakai kad grafik lah.

  • Lokey

    kalau nak beli kad grafik apa ciri dia yg penting nak tengok?..adakah vram atau pun benda lain?…APU plak mcm mna?

    • Sebenarnya kena banyak baca review atau benchmark. Biasanya setiap jenis GPU ada prestasi berlainan. dia ada class entry,mid range dan high end card. Vram biasanya 1GB dah cukup, tapi biasanya high performance graphic card ada 2GB RAM. Cari yg GDDR5.

      APU AMD dia gabung CPU dengan GPU dalam satu cip.Dia boleh main game tanpa kad grafik, tapi kalau ada grafik kad lagi bagus. biasanya AMD punya APU, dia boleh dipasangkan dengan grafik kad tertentu untuk dapatkan prestasi Crossfire. So untuk APU Kaveri baru ni, masih tak sure apa pasangan setiap APU + GPU. Kalau dipasangkan dengan kad yang betul, tak perlu beli kad grafik high end sebab preformance APU + kad mid range dah cukup power.

      • Lokey

        thanks bro sbb bnyk membantu…skrg saya dah faham sikit2 pasal GPU dan APU ni…tapi pasal GPU ni saya ada satu soalan lagi..mana yang bagus 2GB Vram dgn 128bit atau 1GB Vram dgn 256bit?…yang 128bit,256bit ni apa maksudnya?…makin tinggi makin power ke?

        • Tak jugak. 128bit dan 256bit merujuk kepada kelebaran bus memori. ia salah satu daripada 3 faktor yang menentukan lebar jalur memori (memory bandwidth). Selain kelebaran bus memori, kena tengok jenis memori dan kelajuan memori. biasanya kena tgk jenis memori (GDDR3 atau GDDR5) utk tentukan kelajuan memori.

          Cthnya, Kalau kad tu 256bit, tapi memori GDDR3, mungkin lagi slow dari 128bit dgn GDDR5. tapi kalau dua2 kad GDDR5, kad 256bit lagi laju lah.

  • boleh ke amd e2 guna graphic card amd R7-260 tidak rosak ke processor

    • Tak rosak, cuma tak berbaloi sebab processor tu mungkin terlalu slow untuk main kebanyakan game baru.

  • aku upgdate amd apu a8-3870k socket fm1 graphic card mana
    boleh amd dan nvidia untuk kelas atas

    • Dah upgrade ke? kalau a8-3870k tu APU yang agak lama. Yang baru a8-6800K dengan soket FM2. Tapi kalau dah terbeli a8-3870 sesuai dipasangkan dengan siri Radeon 6000, so try dapatkan Radeon 6670 kalau boleh. Dia boleh crossfire dengan APU tu, so takyah beli kad mahal, dia mcm ada dua kad grafik dalam satu.
      tgk video ni mcm mana nak setup : http://youtu.be/GWyiXsG6VkI

    • Tapi setup di atas still consider Budget gaming… Kalau nak better performance, upgrade cpu FX dan boleh guna kad grafik AMD mana-mana pun ok. tgk nombor model dia. Cth Radeon HD 7850 iaitu 7 = siri kad grafik, 8 = generasi kad grafik dan 50 = kepoweran kad grafik. sebenarnya paling penting ialah 2 nombor terakhir yang memberi kesan kepada performance dia. kalau boleh daptkan 70 atau 90 lagi bagus. Of course yang nombor pertama dan kedua tu penting jugak sebab ia menentukan dia support DX11 atau DX10 je…

  • boleh saya tanya lagi amd apu e2-3200 boleh graphic card amd hd 6870 tak bottleneck kat processor

    • NO problem. basically kalau main game tu OK, cuma mungkin loading lambat sikit. Tapi kalau RAM cukup (4GB ke atas) lancar jer main game. tgk waebsite ni untuk cari kad grafik yang sesuai. http://www.pc-specs.com/cpu/AMD/APU_Family/APU_E2-3200/876/Compatible_GPUs ….. Klik kat AMD > HD6000 Series. cari kad grafik yang markah paling tinggi (kat belah kanan). Biasanya yang paling bagus adalah yang jenis “Crossfire” tapi tak sure sekarang ni boleh beli lagi tak kad grafik tu, sebab tu kad grafik stok lama. kalau tak jumpa, cari yang HD7000 series pula.

  • syafiq

    bro. aku bercadang untuk buat 1 gaming rig spec macam ni.

    proc : intel i3 4130 socket 1150
    mobo : asrock b85m pro 4 / b85 fatal1ty
    gc : gtx 750 ti 2gb gddr5 / r9 270 2gb gddr5
    ram : corsair 8gb 1600mhz
    psu : fsp hexa 500 watt
    casing : zalman z3 plus / cooler master k380
    hdd : 1tb WD caviar blue

    harga dalam lingkungan 2k ke bawah. yang aku ada bagi 2 choice tu tak tahu nak pilih mana 1. boleh suggest ke aku tak??

    • Actually kena tengok bajet. Spec di atas tak banyak beza dari segi FPS. Maknanya bila main game, kalau pakai GTX 750 atau R9 270, mata kita tak dapat bezakan sgt grafiknya.

      Persoalannya bajet dan samada nak pakai kad grafik AMD atau Nvidia.Game sekarang ni ada yang support AMD mantle dan ada yang support PhysX. So tgk game mana yang ko suka main. Kalau kebanyakannya support mantle (BF4, Crysis dll) pilihlah kad AMD R9. Kalau game support PhysX (Metro 2030 dll) pilihlah kad Nvidia.

      Hint : PS4 dan Xbox One pakai AMD hardware.

      Apa pun kedua2 kad grafik tu memang boleh handle semua game dengan baik.

 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Dah launch dah bro. Namanya LG G Watch. Nanti ada pos baru m…
  • Amim Blog: menarik jugak jam ni. …
  • iMyn: Harap-harap Disney tak spoil francais Star Wars ni... …
  • Hantuderas: waaa, menarik info nie :D …
  • iMyn: Malam ni akan tau. Setakat ini, khabarnya iPhone besar sikit…
  • ayatollah: iPhone 6 takdak berita so far? …
  • iMyn: Ni masa dia mula-mula dilancarkan. Masa tu ramai org skeptic…
 
 

Ruangan Perkenalan