Gaming

Platform Gaming Facebook Baharu Menawarkan Permainan AAA

Platform gaming Facebook telah dinaiktaraf. Platform yang dahulunya menempatkan permainan Farmville, Candy Crush dan Bejeweled kini menempatkan permainan seperti Firewatch, Gone Home dan Ori and The Blind Forest hasil kerjasamanya dengan pembangun engin permainan video Unity.

Platform gaming Facebook

Platform Gaming Facebook Menawarkan Permainan AAA

Kedua belah pihak telah menandatangani perjanjian yang membolehkan pembangun permainan video membangunkan permainan video pada Unity dan menerbitkannya terus pada Facebook tanpa melalui API Facebook yang menyusahkan.

Tetapi mengapa Facbook tiba-tiba mengambil serious idea untuk menawarkan permainan video yang mempunyai jalan cerita kepada penggunanya?

Facebook merancang untuk menjadi plafrom gamingnya sendiri, seperti Steam, tetapi dengan lebih banyak fungsi sosial terinegrasi dalamnya dan kerjasama dengan Unity merupakan langkah pertama untuk mencapai objektif tersebut. Idea tersebut bermula pada bulan May lalu apabila syarikat media sosial itu melancarkan aplikasi berdiri sendiri untuk para gamer digelar Facebook Arcader yang akan berubah dari sebuah aplikasi ala App Store kepada sebuah perkhidmatan penuh.

Walaupun platform gaming Facebook ini berpotensi menambah bilangan notifikasi permainan video dalam inbox pengguna FB, ia sebenarnya satu situasi menang-menang. Para pembangun mendapat akses kepada 650 juta pengguna Facebook, manakala pengguna Facebook pula mendapat akses kepada permainan video tradisional yang lebih berkualiti dalam masa terdekat.

Perkara ini sama seperti langkah Microsoft mengintegrasikan Xbox Store ke dalam Windows 10, yang memberikan pembangun permainan video lebih pendedahan kepada pengguna, dan seterusnya lebih banyak wang ke dalam poket Microsoft.

Unity sedang memilih sebilangan pembangun permainan video untuk diberi akses segera kepada versi Alpha tertutup fungsi eksport ke Facebook itu dan pembangun baharu akan dijemput masuk dari masa ke semasa dalam jangkamasa ujian tesebut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top