Gaming

Project Scorpio Akan Didedahkan Lebih Awal

Menurut Eurogamer.net dalam laman twitter miliknya, Projek Scorpio, iaitu projek konsol permainan video terbaharu Microsoft, akan didedahkan lebih awal dari dijangka. Ia dijadualkan untuk didedahkan pada acara permainan video E3 2017 yang akan diadakan pada bulan Jun, tetapi akan diawalakan sebelum acara tersebut.

Project Scorpio Akan Didedahkan Lebih Awal

Pada awal bulan Mac, ketua bahagian Xbox, Phil Spencer berkata Microsoft merancang untuk mendedahkan butiran mengenai Project Scorpio sebelum acara E3 2017 yang akan diadakan pada 11 Jun ini kerana untuk melakukan banyak perkara pada acara tersebut merupakan tugas yang sukar.

Menurut tweet Eurogamer.net, pendedahan eksklusif konsol tersebut akan diadakan pada hari Khamis ini pada pukul 2 petang waktu UK.

Buat masa ini, kita telah mengetahui bahawa konsol tersebut akan berfungsi pada 6 teraflops dan akan mengalih keluar ESRAM untuk digantikan dengan 12GB GDDR5 RAM. Dalam pendedahan akan datang ini, dijangka Microsof akan mendedahkan pula pemproses yang digunapakai. Namun, kebolehan untuk menaiktaraf sendiri komponen konsol ini dilihat tidak mungkin dibolehkan. Menjawab pertanyaan seorang pengguna mengenai kebolehan untuk menaiktaraf sendiri konsol tersebut, Phil Spencer menafikannya.

Forza Motorsport 7 akan menjadi permainan video utama yang akan mempersembahkan kebolehan konsol tersebut mengendalikan grafik 4K. Di samping itu, tajuk-tajuk seperti Crackdown 3, State of Decay 2, Call of Duty, FIFA, Madden, Battlefront 2, Red Dead Redemption 2 dijangka akan turut dipersembahkan, tetapi pada acara E3 2017.

Tidak sabar rasanya untuk mengetahui lebih banyak mengenai konsol ini. Kami akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenainya setelah acara tersebut dijalankan Khamis ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top