Gaming

Tetikus Gaming Logitech G Pro Menjanjikan Ketahanan

Logitech telah mengumumkan sebuah tetikus gaming mampu milik bagi mereka yang bercita-cita menceburi bidang E-sukan. Logitech G Pro membuang segala butang-butang berlebihan yang tidak perlu dan memfokuskan kepada menjadi tetikus gaming paling boleh dipercayai dan responsif bagi permainan aras tinggi.

Logitech G Pro

Tetikus Gaming Logitech G Pro Menjanjikan Ketahanan

Pada asasnya, Logitech G Pro dilengkapi sensor PMW3366, yang mempunyai kadar DPI antara 200 -12,000 dan penjejakan tanpa tapisan. Butang-butangnya juga direka dengan sistem tegangan spring logam yang menjadikan setiap klik lebih lancar dan pada masa yang sama mengurangkan jumlah daya yang perlu digunakan untuk mencetuskan setiap butang. Logitech juga telah bekerjasama dengan para gamers profesional bagi menghasilkan rekabentuk tetikus yang lebih ringan dan selesa.

Tambahan pula, Logitech mendakwa tetikus itu cukup teguh untuk bertahan sebanyak 20 juta klik atau 10 jam latihan harian E-sukan selama 2 tahun. Jaminannya juga bertahan selama dua tahun. Dengan semua ciri-ciri tersebut, Logitech G Pro dipasarkan pada harga yan secara reletifnya agak berpatutan iaitu USD69. Tidak dapat dipastikan bila tetikus ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top