Gaming

Xbox One S Diperkenalkan

Khabar angin mengenai sebuah Xbox One yang lebih kecil terbukti benar apabila Microsoft secara rasminya melancarkan Xbox One S dalam ucaptamanya di acara E3 malam tadi.

Xbox One S

Xbox One S Diperkenalkan

Xbox One S adalah 40% lebih kecil berbanding model asal dan didatangkan dengan casing yang berwarna putih. Paling menarik ialah ia didatangkan dengan PSU (Power Supply Unit) dalaman bagi menggantikan unit luaran yang didatangkan dengan model asal. Ini jelas merupakan reaksi Microsoft terhadap rungutan pemain Xbox yang tidak gemarkan PSU luaran yang menjengkelkan. Satu lagi penambahbaikan adalah konsol tersebut kini boleh diletakkan secara menegak oleh kerana saiznya yang kecil.

Xbox baharu itu bakal dijual pada harga USD 299 untuk model yang dilengkapi 500GB ruang storan, dan akan mula dipasarkan Ogos ini di Amerika. Harga bagi model dengan ruang storan 1TB belum disahkan lagi, namun model dengan ruang storan 2TB berharga USD399.

Dari segi prestasinya, ia kini menyokong cakera Blu-Ray 4K dan searsi dengan HDR. Tambahan pula ia didatangkan dengan ruang storan sehingga 2TB dan alat kawalan dengan pemegang bertekstur.

Tetapi kini konsol itu tidak lagi menyokong sensor Kinect secara terus. Untuk menggunakannya pengguna perlu mendapatkan penyuai USB kerana port Kinect telah dialih keluar untuk memberi laluan kepada port Infra Merah (IR). Bagi pengguna yang ingin menaik taraf ke Xbox One S dari Xbox One dan memiliki alat Kiniect, penyuai akan disertakan percuma.

Namun jika anda memilik Xbox One, kami tidak merekomen anda untuk naik taraf ke Xbox One S. Sebaliknya tunggu sehingga tahun depan apabila Microsoft melancarkan Project Scorpio.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



To Top