Gaming

Zoltac VR Go PC Membawa Realiti Maya Ke Mana Saja

Zoltac telahpun mengeluarkan beberapa buah PC mini sedia VR yang boleh dimuatkan ke dalam bag sandang, tetapi ia kini ingin memperkenalkan sebuah PC yang lengkap dengan tali penyandang yang boleh ditanggalkan. PC ini dinamakan Zoltac VR Go PC.

Zoltac VR GO PC

Zoltac VR Go PC Membawa Realiti Maya Ke Mana Saja

Zoltac VR Go PC adalah sebuah PC sedia VR mudahalih yang lengkap dengan tali penyandang yang boleh ditanggalkan. Ia dilengkapi dengan:

  • Pemproses Intel Core i7
  • Kad grafik GeForce GTX 1070
  • Bateri boleh ditanggalkan
  • Ruangan 2.5-inci untuk HDD atau SSD
  • Satu output HDMI
  • Dua port USB 3.0
  • Penyambung kuasa
  • Sistem penyejukan proprietari

Zoltac meletakkan port HDMI, USB dan penyambung kuasa pada tempat yang sama bagi memudahkan pengurusan kabel. PC tersebut boleh ditanggalkan daripada tali penyandang untuk digunakan seperti PC biasa. Ia sememangnya sebuah PC yang menarik. Walaubagaimanapun, Zoltac tidak menyatakan maklumat mengenai pelancarannya, harga mahupun berapa lama baterinya dapat bertahan.

zotac_vr_go_backpack_image2_575px

Zoltac juga memperkenalkan sebuah lagi PC VR minggu lepas, Magnus ERX480. Ia melarikan Windows 10 dan berukuran hanya 8 x 7 x 2 inci. Ia juga cukup ringan dan kecil untuk dibawa menggunakan beg sandang, namun tidak seperti Zoltac VR Go PC, bag sandang tidak didatangkan dengannya.

Jika anda ingin mengalami sepenuhnya VR, mungkin ini PC untuk anda. Namun kami jangkakan ia akan dijual pada harga yang mampu lihat sahaja, bukan mampu milik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top