Anonymous Menyasarkan Israel Dalam Serangan Siber Terbaru

Hacktivis Anonymous secara berkumpulan menyasarkan Israel dalam serangan siber ke atas laman web kerajaan negara tersebut berikutan layanan negara tersebut terhadap penduduk Palestin.

Kerajaan Israel walaubagaimanapun berkata serangan tersebut hanya menyebabkan gangguan kecil. Kumpulan itu mendakwa telah menyebabkan kerugian USD3 billion kepada Israel akibat serangan tersebut.

Anonymous menyasarkan Israel

Anonymous Menyasarkan Israel Dalam Serangan Siber Terbaru

Dalam serangan siber terbaru itu, Anonymous mendakwa ia telah berjaya menggodam lebih satu dozen laman web kerajaan Israel termasuk laman web Polis Israel, Pejabat Perdana Menteri, pihak berkuasa keselamatan Israel, kementerian imigresen dan pusat biro statistik.

Laman web Kementerian Pertahanan juga digodam dan Anonymous telah mengaku bertanggungjawab dalam tweetnya :

 

Kumpulan itu menganggarkan bahawa #OpIsrael telah menyebabkan kerugian USD3 billion dengan menggodam sebanyak 100,000 laman web, 40,000 akaun Facebook dan 30,000 akaun bank yang dimiliki penduduk Israel.

 

Walaubagaimanapun Yitzhak Ben Yisrael dari Biro Siber Kebangsaan berkata serangan itu hanya telah menyebabkan gangguan kecil kepada laman web kerajaan Israel. Beliau juga berkata Anonymous tidak mempunyai kepakaran yang mencukupi untuk mengganggu infrastruktur penting negara tersebut dan mereka hanya mahu membuat kekecohan berkenaan perkara yang mereka perjuangkan.

Ini ialah kali kedua dalam beberapa bulan ini Anonymous menyasarkan Israel dengan menggodam laman web di negara itu sebagai protes terhadap layanan Israel terhadap penduduk Palestin. Satu serangan sama telah dilancarkan November lepas di mana telah berlaku jutaan percubaan menggodam, tetapi kerajaan Israel berkata serangan tersebut hanya menyebabkan gangguan minimal.

Ahli kumpulan Anonymous memberi amaran minggu lepas bahawa ia akan mengganggu dan memadamkan Israel dari ruang siber pada 7 April apabila kerajaan Israel telah bertindak keterlaluan dengan mengugut akan memutuskan rangkaian Internet dan telekomunikasi dari dalam Gaza ke dunia luar.

Israel menyambut hari memperingati Holocaust pada April 7 yang lepas.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Internet

 

2 Comments

 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Dah launch dah bro. Namanya LG G Watch. Nanti ada pos baru m…
  • Amim Blog: menarik jugak jam ni. …
  • iMyn: Harap-harap Disney tak spoil francais Star Wars ni... …
  • Hantuderas: waaa, menarik info nie :D …
  • iMyn: Malam ni akan tau. Setakat ini, khabarnya iPhone besar sikit…
  • ayatollah: iPhone 6 takdak berita so far? …
  • iMyn: Ni masa dia mula-mula dilancarkan. Masa tu ramai org skeptic…
 
 

Ruangan Perkenalan