Internet

Beribu Laman Web WordPress Digodam

Penggodam telah menggunakan beribu-ribu laman web berasaskan WordPress untuk menyerang mengunjungnya yang tidak bersalah. Pertama kalinya dilaporkan oleh laman web Ars Technica, kempen malware ini bermula hampir 3 minggu lalu namun meningkat pantas sejah seminggu lalu.

wordpress-logo-970-80

Beribu Laman Web WordPress Digodam

CTO Sucuri, Daniel Cid mengakui bahawa bilangan laman WordPress yang digodam sehari meningkat dari 1,000 buah pada hari Selasa minggu lepas kepada 6,000 menjelang hari Khamis lepas apabila penggodam secara agresif menyasarkan pengguna internet.

Laman-laman web WordPress hanya merupakan alat atau cara bagi penggodam mencapai sebanyak komputer desktop pengguna biasa yang boleh mereka capai. Laman web adalah cara palng mudah dan efisyen bagi seorang penggodam mencapai matlamatnya memandangkan potensi penyebaran yang luas.

Malware yang dinamakan ‘visitorTracker_isMob’ itu mangambil kesempatan di atas kelemahan keselamatan pada plugin WordPress namun syarikat keselamatan internet Sucuri belum mengenalpasti bagaimana laman-laman web itu digodam.

Google telah menyekat 17% daripada laman web yang dijangkiti malware itu. Amaran diberikan kepada pengguna menyatakan laman web yang ingin mereka lawati itu telah digodam dan memberikan pilihan kepada mereka untuk menertuskan atau menghentikan lawatan mereka ke laman web tersebut. Cid juga memberitahu bahawa penggodam juga telah berjaya menggodam syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan siber Coverity dan menggunakannya untuk memperluaskan godaman mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top