Internet

Call of Duty Black Ops 3 : Activision Mendapat Durian Runtuh

Dalam masa tiga hari, Call of Duty Black Ops 3 telah mendapat kutipan USD550 juta. Itu melebihi kutipan mana-mana filem, pelancaran buku atau album muzik dalam tempoh yang sama. Permainan video yang dilancarkan pada 6 November lepas merupakan permainan video Call of Duty ke-12 dalam siri permainan video itu.

Black-Ops-3-970-80

Call of Duty Black Ops 3 : Activision Mendapat Durian Runtuh

Sebagai perbandingan, kutipan jualan Call of Duty Black Ops 3 dalam masa 3 hari itu melebihi kutipan filem Jurassic World (USD208 juta) dan The Avengers (207 juta) pada tayangan hujung minggu pertamanya walaupun jumlah kedua-duanya digabungkan. Malah kedua-dua filem itu merupakan pemegang rekod jumlah kutipan pada hujung minggu pertama terbanyak dalam sejarah perfileman dunia dan ia masih tidak dapat menandingi jualan permainan video ini.

Satu lagi perbandingan ialah Black Ops 3 berjaya mendapat jumlah jualan melebihi jualan buku Harry Potter and the Deathly Hallows yang menjual sebanyak 8.3 juta naskah buku pada hari pertama jualannya. Jualan Black Ops 3 juga melebihi pendapatan setahun 8 buah negara kecil jika dicampurkan.

Namun angka ini tidaklah mengejutkan. Malah siri sebelum ini, Black Ops 2 berjaya mencatatkan jualan USD 500 dalam masa 24 jam selepas pelancarannya dan Black Ops 1 sehingga kini telah mengutip USD1 billion.

Permainan video itu kini tersedia untuk Xbox 360, Xbox One, PS3, PS4 dan PC.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



To Top