Celcom Menawarkan Pakej Broadband Mudah Alih Celcom 4G LTE

Selepas Maxis melancarkan perkhidmatan Internet 4G LTE-nya tidak lama dahulu, tiba giliran Celcom pula melancarkan produk Celcom 4G LTE untuk para pelanggan mereka.

Celcom 4G LTE

Celcom Menawarkan Pakej Broadband Mudah Alih Celcom 4G LTE

Celcom mula menawarkan perkhidmatan jalur lebar mudah-alih melalui rangkaian 4G LTEnya. Untuk 1,000 pelanggan pertama, mereka boleh mendapatkan modem 4G LTE dan 3 bulan langganan percuma dengan bayaran RM199.

Pakej yang ditawarkan adalah plan Celcom First Data Pro di mana langganan bulanannya sebanyak RM138 dan pengguna akan mendapat kelajuan akses sehingga 50Mbps dan kuota data sebanyak 10GB.

Walaubagaimanapun, liputan 4G LTE Celcom hanya terdapat di sesetengah kawasan sahaja. Untuk memeriksa jika kawasan anda mendapat liputan 4G LTE Celcom, anda boleh melayari laman web Celcom untuk melihat kawasan liputannya.

Untuk membuat langganan, hanya 3 cawangan Celcom yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu cawangan Blue Cube @Sunway, Blue Cube Pavilion dan Blue Cube Menara Celcom.

Untuk  maklumat lanjut mengenai pakej ini, sila layari laman web promosi Celcom.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Internet

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Untuk RM 1800 susah gak nak dapat yang power. Tapi game-game…
  • iMyn: It memang takde siapa dapat copy benda tu, Thinkpad je ada..…
  • Rambutan Goreng: Rindu dengan "mouse" bulat kecik yang kat tengah-tengah keyb…
  • musadun: s6 edge memang terbaik. masa pegang hp ni pun terasa nilai p…
  • fazly: Assalamualaikum brother . Tumpang tanya , nk minta pndapat s…
  • Salazryl: Semua pun tak mampu nak angkat/beli :v Dapat merasa trailer …
  • biro jasa sim: thank your information :D …
 
 

Ruangan Perkenalan