Internet

CSO Facebook Ingin Menghentikan Penggunaan Flash

Alex Stamos, ketua pegawai keselamatan Facebook telah meminta syarikat perisian Adobe untuk mengumumkan tarikh tamat perkhidmatan perisian Adobe Flash keluarannya. Melalui akaun Twitter miliknya, beliau mengutarakan pelbagai komplen dari komuniti keselamatan mengatakan perisian itu menjadi pembawa kepada pelbagai kelemahan keselamatan dan penggodaman.

adobe-flash-logo.0

CSO Facebook Ingin Menghentikan Penggunaan Flash

Minggu lepas 400GB data cache telah digodam dari syarikat spyware Hacking Team, sekaligus mendedahkan kelemahan keselamatan dalam Flash yang membolehkan penggodam menjalankan kod penggodaman pada server sasaran melalui sebuah laman web.

Walaupun Adobe telah mengeluarkan patch untuk memperbaiki kelemahan tersebut, memo dalaman Hacking Team menggambarkan kelemahan tersebut sebagai “pepijat terbaik sejak 4 tahun lalu”, membayangkan mereka sudah sedia maklum mengenainya dan menggunakannya sejak sekian lama. Ini bukan satu insiden yang asing. Dua lagi kelemahan dijumpai dalam data 400GB yang sama beberapa hari berikutnya dan awal tahun ini Adobe terpaksa mengeluarkan dua kemaskini keselamatan mengejut dalam bulan Januari dan Februari.

Malah pada tahun 2010, mendiang CEO Apple, Steve Jobs tampil dengan surat terbukanya “Thoughts on Flash” yang mendedahkan sebab-sebab mengapa Flash tidak dibenarkan dalam perantinya. Beliau menampilkan isu seperti masalah dengan prestasi, jangkahayat bateri dan keselamatan sebagai sebab utamanya.

Stamos tekad untuk meminta Adobe untuk mengumumkan tarikh tamat perkhidmatan Flash. Tetapi untuk itu, syarikat tersebut perlu memberikan masa untuk pembangun-pembangun yang menggunakan perisian itu dalam laman web mereka untuk beralih kepada teknologi lain seperti HTML5.

Flash mengalami kemorosotan kepenggunaan di web kebelakangan ini dengan keruntuhan Facebook Games dan peralihan Youtube kepada teknologi HTML5. Dijangka peralihan ini lebih sukar bagi syarikat kecil dan jika Flash ditamatkan, ia tentunya menjadi waktu yang sukar bagi mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top