Internet

Facebook Membangunkan Pembantu Peribadi Digital?

Facebook dikhabarkan sedang membangunkan sebuah pembantu peribadi digital seperti Siri dan Cortana yang akan beroperasi melalui Facebook Messenger.

facebook-generic2-970-80

 

Facebook Membangunkan Pembantu Peribadi Digital?

The Information, melaporkan bahawa Facebook sedang membangunkan sebuah pembantu peribadi digital dengan nama kod ‘Moneypenny’ dan tidak seperti pembantu peribadi digital yang lain, ia akn dikuasakan oleh input daripada manusia .

Tidak dijelaskan mengenai fungsi-fungsi apa yang akan disertakan dalam Moneypenny, tetapi ia dikatakan membenarkan pengguna bertanya kepada orang sebenar meminta pertolongan dalam penyelidikan dan menguruskan produk dan perkhidmatan.

Laporan ini juga memetik 3 sumber yang telah diberitahu mengenai projek ini dan mereka menyatakan bahawa fungsi-fungsinya sedang diuji secara dalaman oleh staff syarikat itu. Segalanya dikatakan akan dijalankan pada aplikasi Facebook Messenger.

Ini merupakan satu lagi khabar angin mengenai projek-projek baru yang mungkin sedang dikendalikan Facebook. Tanpa sebarang pengumuman atau pengesahan, kita hanya boleh menunggu pengumuman samada Moneypenny merupakan sebuah pembantu peribadi digital dikuasakan input manausia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top