Facebook Mengumumkan Facebook Home

Dalam artikel kami terdahulu kami melaporkan Facebook telah menjemput para wakil media ke satu acara yang berlangsung semalam di ibu pejabat Facebook. Acara tersebut sebenarnya adalah untuk memperlihatkan kepada media aplikasi native Facebook bagi Android yang dikenali sebagai Facebook Home.

Facebook Home

Facebook Mengumumkan Facebook Home

Sebelum ini, banyak khabar angin yang mengatakan Facebook akan mengeluarkan sebuah Facebook phone iaitu telefon pintar yang direka khas untuk Facebook. Namun semua khabar angin tersebut ternyata salah apabila pada acara Facebook semalam, Mark Zuckerberg mengumumkan Facebook tidak akan membangunkan telefon pintar mahupun satu OS baru.

Ia adalah sebuah pengalaman baru Facebook untuk pengguna Android. Ia bukan sekadar sebuah aplikasi, namun bukan juga sebuah OS.

Pada dasarnya, Facebook Home adalah beberapa aplikasi mesra Facebook yang bekerjasama untuk memberikan pengalaman Facebook paling menyeluruh kepada pengguna telefon pintar Android.

Coverfeed adalah sebuah pengalaman untuk lock-screen – daripada melihat wallpaper ketika berada di lock-screen, ia akan memaparkan apa yang berlaku pada laman Facebook anda seperti memaparkan notifikasi, news feed dan lain-lain serta menjadikan gambar rakan-rakan anda sebagai latarbelakang yang bergerak.

Anda juga boleh melakukan Like dan memberi komen dari skrin ini. Notifikasi akan dipaparkan setiap kali anda mendapat SMS, mesej peribadi atau menerima poke. Dengan menekan pada notifikasi, anda akan dibawa kepada aplikasi Facebook.

Jika anda ingin mengakses aplikasi bukan Facebook, antaramukanya menyediakan satu menu aplikasi yang mudah di mana anda boleh sesuaikan mengikut citarasa anda dengan menekan padanya dan mengalihkan icon-icon mengikut kehendak anda.

Facebook Messaging dan SMS akan diuruskan menggunakan teknik Chat Heads di mana ia membolehkan anda mempunyai berbilang perbualan pada masa yang sama. Ia dipanggil Chat Heads kerana gambar profil rakan anda akan berlegar pada skrin dan anda perlu menekan pada gambarnya untuk berbual. Setelah habis berbual anda hanya perlu menolaknya keluar dari skrin.

Teruja? Bagaimana pula anda mendapat applikasi ini? Ia akan dilancarkan pada Google Play minggu hadapan. Jika anda mempunyai aplikasi Facebook terbaru pada telefon pintar anda, anda akan dapat melihat mesej pada aplikasi tersebut yang membawa anda ke Google Play untuk memuat turun Facebook Home.

Facebook Home serasi dijalankan pada  HTC One X, HTC One X+, Samsung Galaxy S3 dan Samsung Galaxy Note 2. Tidak dilupakan juga HTC One dan Samsung Galaxy S4 dan keserasiannya akan diperkembangkan pada masa-masa akan datang.

Juga akan datang, keserasian dengan tablet yang akan hadir dalam beberapa bulan akan datang.

Kami merasakan bahawa tindakan untuk tidak menghasilkan telefon pintar Facebook atau satu OS Facebook adalah tindakan yang bijak di pihak Facebook. Kami percaya pengguna telefon pintar tidak mahu dikongkong oleh mana-mana organisasi yang ingin memonopoli satu aspek kehidupan mereka. Ini telah berlaku pada Apple di mana sebahagian pengguna tidak sukakan Apple kerana OSnya yang terlalu mengongkong.

Facebook Home dilihat berjaya memperlihatkan dengan jelas kehadiran pada telefon pintar pengguna tanpa mengongkong cara mereka menggunakan telefon pintar.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Internet

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
  • Sembang Gajet: Kemungkinan pendrive tidak lagi digunakan pada masa akan dat…
  • iMyn: 2 dahun lagi kalau tak ada masalah melanda, ia akan launch. …
  • iMyn: Silakan …
  • Ekonetworks.com: thanks gan infonya , izin copas ke blog saya …
  • taqi: canggihnyer....seronok la klaw dapat ni...hehe …
  • iMyn: Dah launch dah bro. Namanya LG G Watch. Nanti ada pos baru m…
 
 

Ruangan Perkenalan