Internet

Fungsi Undo Send Diperkenalkan Pada Gmail

Setelah 6 tahun dalam pembikinan, Google akhirnya memperkenalkan secara rasmi fungsi Undo Send pada perkhidmatan email Gmail kendaliannya. Fungsi ini membolehkan pengguna menghentikan penghantaran sesebuah email sejurus selepas pengguna menekan butang send sekiranya pengguna menyedari kesilapan telah dibuat pada email tersebut.

gmail-Undo Send-970-80

Fungsi Undo Send Diperkenalkan Pada Gmail

Setakat ini, fungsi Undo Send hanya tersedia pada Gmail Labs dan juga aplikasi Inbox by Gmail. Kini fungsi ini telah dimasukkan ke Gmail tetapi fungsi ini dimatikan secara lalai jika pengguna bukan pengguna versi Gmail Labs sebelum ini. Pengguna perlu menghidupkan fungsi ini untuk menikmati manfaatnya.

Untuk itu pengguna hanya perlu ke tab General pada bahagian setting Gmail dan menghidupkan setting Undo Send dan anda boleh menarik balik email yang tidak sengaja dihantar kepada orang yang salah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top