Internet

Google Melancarkan Google Play Music Percuma

Di sebalik perbalahan antara Apple dan Taylor Swift mengenai royalti artis dalam Apple Music yang akan dilancarkan 30 Jun ini, Google melancarkan perkhidmatan penstriman muziknya sendiri dan ia akan boleh diakses secara percuma tidak lama lagi.

Google-Play-MusicGoogle Melancarkan Google Play Music Percuma

Google mengumumkan pelancaran versi perkhidmatan penstriman muzik percuma Google Play Music yang membolehkan pengguna mendengar susunan muzik khas yang disusun mengikut waktu pada ketika mendengar, mood, artis dan faktor-faktor lain. “Stesen” muzik tersebut akan disusun separuhnya oleh staf Songza, syarikat perkhidmatan penstriman muzik kontekstual yang diambilalihnya tahun lepas.

Berbeza dari Spotify dan versi Google Play Music berbayar, pengguna perkhidmatan percuma yang disokong iklan itu tidak boleh memainkan muzik mengikut kemahuan mereka, sebaliknya muzik dimainkan melalui aturan yang telah tersedia. Pengguna hanya boleh melangkau beberapa lagu dalam masa sejam, namun Google tidak menyebut bilangan langkauan yang boleh dibuat.

Perkhidmatan tersebut boleh dicapai di web sekarang, manakala aplikasi iOS dan Android akan diterbitkan dalam minggu ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top