Internet

Google Sendang Menguji Rangkaian Internet 5G Super Pantas

Selain menjalankan enjin pencarian, Google memang terkenal dengan projek-projek berinovasi tinggi seperti kereta yang boleh memandu secar autonomi, Google Glass dan banyak lagi. Namun kini didedahkan bahawa syarikat tersebut sedang menguji rangkaian internet 5G super pantas yang dikuasakan dron.

Rangkaian internet 5G

Google Sendang Menguji Rangkaian Internet 5G Super Pantas

Menurut The Guardian, projek rahsia yang digelar SkyBender itu kini berada dalam fasa ujian di Spaceport America di New Mexico, Amerika Syarikat. Pelan tersebut dijangka akan menyediakan rangkaian internet 5G yang menawarkan kelajuan internet mudahalih 40 kali lebih pantas dari 4G/LTE yang ditawarkan pada telefon pintar dan peranti terkini.

Bagi menguji rangkaian tersebut, Google menyewakan 15,000 kaki persegi ruangan hangar dan telah menyiapkan satu pusat kawalan penerbangan khas, menurut laporan tersebut lagi. Akhirnya, Google ingin menawarkan dron-dron berkuasa solar untuk memancarkan internet berkelajuan tinggi ke seluruh dunia.

Idea ini tidak jauh berbeza dari Project Loon yang telah diperkatakan oleh syarikat itu sebelum ini, tetapi dalam projek SkyBender, dron berkuasa solar akan berperanan seperti router tanpa wayar menggantikan belon udara panas. Ia juga mengingatkan kita kepada skim internet Facebook yang juga menggunakan dron berkuasa solar. Isyarat di pancarkan dari peranti mudahalih ke stesen asas (base station) melalui dron autonomi yang terbang di langit.

Namun, tidak dinyatakan bilakah perkhidmatan ini akan mula di tawarkan atau kos-kos yang berkaitan dengannya. Tetapi ia tidak dijangka akan ditawarkan dalam satu atau dua tahun ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top