Internet

Kerana Ransomware Hospital Terpaksa Membayar Tebusan USD17,000 Untuk Fail Komputernya

Ransomware merupakan jenis malware paling teruk. Apabila ia dimuatturun ke satu rangkaian komputer, ia akan menjalankan algoritma enkripsi pada komputer-komputer dalam rangkaian berkenaan sebelum mengenakan caj Bitcoin untuk memberikan kekunci enkripsi. Ini sememangnya teruk bagi pengguna-pengguna komputer peribadi, tetapi bagi sebuah hospital yang menyimpan rekod pesakit, ia adalah sebuah malapetaka besar.

ransomware

Hospital Terpaksa Membayar Tebusan USD17,000 Untuk Fail Komputernya

Hollywood Presbyterian Medical Center mengalami masalah ransomware sejak beberapa hari lalu dan setelah membuat pertimbangan dan konsultasi bersama perunding keselamatan, mereka membuat kesimpulan bahawa penyelesaian terbaik adalah untuk membayar “wang tebusan” yang diminta.

Secara keseluruhan, hospital itu telah membayar 40 Bitcoin untuk mendapatkan kembali akses kepada fail-failnya. Menurut CEO hospital itu, Allen Stefanek, ini merupakan jalan terpantas dan efisyen untuk mengembalikan sistem dan fungsi pengurusan hospital.

Tindakan beliau tidak salah, malah pihak FBI juga telah menyarankan pembayaran merupakan langkah terbaik untuk menyelesaikan situasi yang dibawa oleh Ransomware. Hakikatnya adalah teknik enkripsi yang digunakan sangat sulit dan selagi terdapat pengguna dalam rangkaian tersebut yang kurang bijak membuka sambungan email yang meragukan, selagi itulah ransomware akan menjadi sumber kewangan mudah untuk para penggodam.

Oleh itu anda digalakkan supaya tidak membukan fail yang disambungkan kepada email yang anda tidak pasti siapa penghantarnya. Walaupun ia daripada pihak bank atau pihak yang nampak seolah-olah boleh dipercayai, pastikan alamat emailnya sahih. Sebagai contoh jika email dari CIMB Bank, alamat emailnya mestilah berakhir dengan @cimb.com atau dari sub-domainnya seperti @marketing.cimb.com. Jika terdapat sedikit kelainan pada alamat email tersebut, anda perlu berwaspada.

Apa pun, perkhidmatan email seperti Gmail akan mengimbas sambungan atau attachement email sebelum membenarkan anda memuatturunnya. Risko terbesar adalah pada pengguna email persendirian yang menggunakan email server sendiri untuk menghantar dan menerima email.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top