Internet

iFlix Menerima Pelaburan Besar Sky

Syarikat TV gergasi Eropah, Sky, telah melabur sebanyak USD45 juta ke dalam iFlix, syarikat penyedia perkhidmatan penstriman kandungan popular yang beroperasi di Asia yang menjadi pesaing bagi perkhidmatan Netflix.

iflix-970-80

iFlix Menerima Pelaburan Besar Sky

Sky telah lama mengenalpasti Netflix sebagai syarikat penstirman yang menggugat perniagaan syarikat tersebut, jadi langkah pelaburannya ke dalam sebuah perkhidmatan yang menawarkan kandungan yang banyak kepada pasaran Asia memang suatu langkah yang agak tidak dijangka, tetapi menarik.

iFlix kini menawarkan perkhidmatannya di Malaysia, Filipina dan Thailand, dan sejak pelancarannya pada Mei 2015, ia  berjaya menarik lebih 1 juta pengguna perkhidmatannya.

Syarikat tersebut merancang untuk memperluaskan perkhidmatannya di lebih banyak negara Asia, tetapi langkah Netflix memperluaskan perkhidmatannya ke seluruh dunia sememangnya menjadi cabaran hebat kepada pertumbuhannya.

Sky telahpun melancarkan perkhidmatan penstriman kandungannya yang dinamakan Now TV dan ia juga menawarkan peranti penstriman kandungan yang dinamakan sky Q yang dibangunkan untuk beroperasi dan bersaing dalam landskap penstriman kandungan moden.

CFO Sky Andrew Griffith berkata, iFlix telah berjaya menjadi syarikat perkhidmatan penstirman TV paling menarik dan paling cepat membangun di Asia Tenggara.

Kedua-dua syarikat itu ternyata gembira dengan kerjasama yang dimeterai dan pelaburan Sky kedalam iFlix sudah pasti membolehkannya menawarkan kandungan dan hiburan yang lebih baik kepada para penggunanya. Kami di Techkini juga turut berbangga dengan perkembangan positif syarikat Malaysia ini.

2 Comments

2 Comments

  1. semakan upu

    March 17, 2016 at 7:09 pm

    kalau terima dana besar, nampaknya boleh saingi netflix la ni. tak mustahil.

    • iMyn

      March 17, 2016 at 10:11 pm

      Di Asia Tenggara, iFlix conquer kot sebab dia boleh menang main dengan price. Netflix guna USD…so mungkin susah sikit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top