Internet

Ikon Facebook Direkabentuk Semula

Pengurus rekabentuk Facebook, Caitlin Winner, telah memperkenalkan rekabentuk ikon Facebook yang dikemaskini selari dengan era moden ini. Kemaskini rekabentuk ini ketara terutamanya pada ikon rakan Facebook.

Ikon Facebook

Ikon Facebook Direkabentuk Semula

Dalam rekabentuk semula ikon Facebook, pada ikon notifikasi kumpulan, bayang wanitanya bukan sahaja diperhalusi, malah telah dibawa ke hadapan, manakala pada ikon notifikasi rakan yang dahulunya membelakangkan ikon wanita di mana ikon wanita lebih kecil berbanding lelaki kini menampilkan kedua-dua bayang lelaki dan wanitanya mempunyai saiz yang sama.

facebook_newiconscaitlinwinner-650-80

Iterasi terakhir ikon itu telah dimuatnaik ke server Facebook secara senyap-senyap tanpa iringan sebarang sambutan besar-besaran. Walaubagaimanapun, ia belum ditampilkan dalam laman Facebook di Malaysia kerana jika dilihat ia masih menggunakan ikon lama.

Menurut sebuah blog rekabentuk, Winner menyebut inspirasi untuk merekabentuk ikon ini datangnya dari keinginan untuk mengubah dunia dan mendatangkan satu impak positif kepadanya.

Baru-baru ini Facebook telah mengetengahkan usahanya untuk mempromosikan kepelbagaikan pada Facebook dalam blog beritanya. Namun, keengganannya untuk membenarkan pengguaan nama samaran pada laman sosial itu mengundang kritikan.

Walaupun usaha merekabentuk semula dua ikon Facebook nampak seperti perkara kecil, ia diharap dapat memacu perubahan positif dalam mempromosikan kepelbagaian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top