Korea Utara Memotong Internet Mudah Alih Untuk Pelawat

Korea Utara memotong akses Internet mudah alih kepada pelawat ke negara tersebut. Notis pada laman web pelancongan pelawat boleh membeli kad SIM untuk membuat pangilan tetapi tidak boleh menggunakan perkhidmatan Internet.

Korea Utara

Korea Utara Memotong Internet Mudah Alih Untuk Pelawat.

Kurang sebulan Korea Utara membenarkan pelawat mengakses rangkaian 3G, ia telah dilaporkan memotong semula akses ke rangkaian tersebut kepada mereka.

Negara terebut mengumumkan bulan lepas ia akan melonggarkan kawalan Internet mudah alih kepada pelawat ke negara itu yang sebelum ini dikehendaki meninggalkan sebarang alat komunikasi di lapangan terbang semasa memasuki negara itu. Penduduk di negara tersebut mempunyai akses kepada perkhidmatan suara dan SMS pada rangkaian 3G tersebut tetapi bukan Internet.

Koryolink, penyedia perkhidmatan 3G mudah alih yang dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan Korea Utara mula menawarkan perkhidmatan tersebut pada 1 Mac membolehkan para pelawat membawa masuk telefon WCDMA mereka ke dalam Korea Utara atau menyewa sebuat telefon bimbit di sana dan kemudian membeli kad SIM di lapangan terbang.

Walaubagaimanapun, North Korea Tech melaporkan satu notis yang dipaparkan pada laman web Koryo Tours menunjukkan program tersebut telah ditamatkan. Syarikat tersebut turut mengendalikan lawatan ke Korea Utara bagi para pelancong.

Laman web tersebut tidak pula menerangkan kenapa perkhidmatan 3G itu ditamatkan tetapi langkah itu berkadar langsung dengan situasi tegang di antara Korea Utara dengan Korea Selatan dan Amerika.

Tidak lama dahulu terdapat satu serangan siber besar-besaran dijalankan ke atas Korea Selatan yang pada awalnya dikesan berasal dari China, namun ia dikatakan telah disalah tafsir. Korea Utara pernah dituduh beberapa kali melancarkan serangan siber ke atas akhbar, bank dan laman web kerajaan Korea Selatan.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Internet

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

 
 

Ruangan Perkenalan