Internet

Langganan Premium Youtube Bakal Ditawarkan

Youtube telah sekian lama merancang untuk mengadakan pelan langganan premium Youtube yang akan menawarkan kandungan premium untuk bayaran bulanan. Kini, laporan  Re/code membayangkan bahawa perkhidmatan langganan tersebut bakal bermula dalam masa terdekat.

Langganan Premium Youtube

Langganan Premium Youtube Bakal Ditawarkan

Laporan Re/code mendedahkan para penyedia kandungan, atau professional Youtube, diminta untuk menyediakan versi tanpa iklan kandungan mereka untuk Youtube untuk tontonan penonton Youtube dengan kadar bayaran bulanan. Dengan kata lain, pelan langganan Premium Youtube bakal diadakan tidak lama lagi.

Tidak dinyatakan bila pelan ini akan dilancarkan tetapi menurut penganalis penghujung Oktober mungkin menjadi masa yang sesuai bagi pelancaran perkhidmatan ini. Lebih banyak maklumat mengenai pelan ini mungkin akan didedahkan pada acara pelacanran Nexus 5 esok.

Menurut laporan media, pelan tanpa iklan ini dikatakan akan ditawarkan bersama Youtube Music Key yang telahpun menjadi sebahagian dari Google Play All Access. Perkhidmatan ini kini boleh dilanggani pada kadar USD9.99 sebulan.

Youtube Music Key membolehkan pengguna memainkan video muzik tanpa iklan di latarbelakang pada peranti mudahalih. Nampaknya pelan baharu yang bakal diperkenalkan Youtube bakal mengeluarkan iklan dari semua video pada laman tersebut, dengan bayaran bulanan.

Walaupun Youtube dilihat banyak memaparkan iklan pada videonya, namun sebenarnya Google tidak mendapat banyak perolehan dari laman tersebut, walaupun ia sangat popular. Tetapi Google tidak kisah, ia tidaklah kekurangan wang pada masa ini, namun ia ditekan oleh penerbit kandungan untuk meningkatkan perolehan laman tersebut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top