Internet

Logo Baharu Google Dilancarkan

Tidak lama selepas mengumumkan syarikat induk terbaharunya, Alphabet, Google menlancarkan logo terbaharunya. Ini bukan kali pertama ia mengubahsuai logonya, tetapi kali ini merupakan pembaharuan logo paling signifikan sejak 1999.

Logo baharu Google

Logo Baharu Google Dilancarkan

Pengubahsuaian terbaharu pada logo Google menampilkan sebuah logo yang lebih ceria, rata dan tiada serif. Google juga menggantikan “favicon” (ikon pada tab atas browser pada laman carian Google) dari huruf “G” kecil berwarna biru kepada huruf “G” besar dengan 4 warna utama Google.

Logo terbaharu itu telah mula digunapakai pada engin carian Google dan kemudiannya akan digunapakai pada kesemua produk Google secara berperingkat. Video di bawah menunujukkan secara ringkas proses evolusi Google sejak ia memulakan operasinya penghujung tahun 90an.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top