Internet

Maxis Fibre Internet Berkelajuan 100Mbps

Bagi mereka yang masih tidak berpuas hati dengan kelajuan internet di rumah mereka, Maxis kini menawarkan pakej Maxis Fibre Internet berkelajuan 100Mbps untuk pengguna rumah. Sebelum ini pakej internet berkelajuan 100Mbps hanya ditawarkan untuk pelanggan korporat.

Maxis Fibre Internet Berkelajuan 100Mbps

Maxis Fibre Internet Berkelajuan 100Mbps

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa seseorang itu mahu mendapatkan pakej internet begitu pantas untuk kegunaan rumah? Dengan pakej Maxis Fibre Internet berkelajuan 100Mbps, pengguna berupaya menstrim video 4K secara berterusan dengan penggunaan data tanpa hadnya.

Berikut merupakan kadar yuran bulanan bagi pakej-pakej Maxis Fiber internet yang ditawarkan setakat ini.

Maxis Fiber internetPakej 100Mbps ditawarkan pada harga RM398 sebulan termasuk GST, tetapi jika anda melanggani pelan MaxisOne, anda boleh mendapat kadar istimewa RM330 sebulan termasuk GST. Pakej ini juga menyertakan RM30 sebulan kredit percuma untuk panggilan ke telefon bimbit, talian tetap dan panggilan IDD. Untuk memeriksa sama kawasan perumahan rumah anda mempunyai liputan Maxis Fibre internet, anda boleh melayari laman web Maxis Fibre.

Paling menarik ialah jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan ini, Maxis menawarkan 30 hari jaminan kembali yang membolehkan anda memutuskan talian tanpa sebarang bayaran tambahan.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top