Internet

Microsoft Menunjukkan Betapa Teruknya Google Chrome Untuk Laptop Anda

Jika anda pengguna tetap pelayar web Google Chrome, ada sesuatu yang anda perlu tahu tentang pelayar web itu. Ia menelan kuasa bateri dengan banyaknya. Google telah berjanji akan memperbaiki kelemahan tersebut tetapi kemaskini yang diperkenalkannya setakat ini tidak membawa banyak perubahan.

Microsoft Menunjukkan Betapa Teruknya Google Chrome Untuk Laptop Anda

Sementari itu Microsoft membuat ujikajinya sendiri untuk membuktikan betapa teruknya masalah penggunaan kuasa berlebihan yang dialami Google Chrome. Ia telah merangka dua jenis ujian bagi mengukur penggunaan tenaga oleh pelayar web: yang pertama merupakan ujian dalam persekitaran makmal yang terkawal yang menguji tingkah laku tipikal pelayaran web pada laman terkenal dan ujian kedua mengukur berapa lama satu pelayar web boleh menstrim video HD.

Tidak mengejutkan, dalam ujian penstriman video HD, laptop yang melarikan Google Chrome adalah yang pertama kehabisan bateri  dengan masa 4 jam 19 minit manakala Microsoft Edge paling bertahan lama dengan masa 7 jam 22 minit.

Google Chrome

ujian tersebut menunjukkan bahawa pelayar web Chrome, Opera dan Firefox semua menggunakan lebih banyak tenaga berbanding Edge dalam kitara pelayaran automatik membuka laman web, membelek artikel, menonton video dan membuka tab baharu. Untuk membuktikannya dengan lebih tepat lagi, Microsoft menunjukkan data diagreget dari jutaan komputer Windows 10 yang menunjukkan Microsoft Edge dan Mozilla Firefox merupakan pelayar web yang lebih efisyen  daripada Google Chrome.

Ini jelas merupakan langkah Microsoft untuk menggalakkan penggunaan Microsoft Edge di kalangan pengguna Windows 10. Namun pelayar web ini masih kekurangan ciri-ciri berbanding pesaingnya. Edge belum mempunyai ciri Browser Extensions yang terdapat pada pesaing-pesaingnya, teta[pi akan dilancarkan sebagai kemaskini Ulangtahun Windows 10 pada musim panas ini (Julai/Ogos). Microsoft juga menjanjikan kemaskini yang menjimatkan tenaga untuk Edge hasil penggunaan kitaran pemproses yang lebih rendah, pengurangan penggunaan memori, dan kawalan ke atas aktiviti latarbelakang dan iklan Flash.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top