Internet

MyRepublic Tawar Jalurlebar 100Mbps Di Bawah RM70 Sebulan?

Menurut laporan DigitalNewsAsia, sebuah syarikat jalurlebar antarabangsa merancang untuk memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan pakej jalurlebar 100Mbps pada kadar dari RM60 – RM70 sebulan. Syarikat bernama MyRepublic itu sudah menempa nama di beberapa negara seperti Singapura dan New Zealand sebelum mengintai pasaran Malaysia.

151030-myrepublic-malaysia-broadband

MyRepublic Tawar Jalurlebar 100Mbps Di Bawah RM70 Sebulan?

Syarikat jalurlebar MyRepublic yang berpangkalan di Singapura menyebabkan kejutan apabila ia menawarkan pakej jalurlebar 1Gbps di Singapura pada kadar SGD49 sebulan atau lebih kurang RM150 sebulan. Sebagai perbandingan, para pesaingnya menawarkan pakej yang sama pada kadar SGD395 sebulah atau RM1215 sebulan. Ini menyebabkan para pesaingnya berlumba-lumba menurunkan harga pakej mereka bagi menyaingi harga yang ditawarkan MyRepublic.

Sehingga kini pun, syarikat itu menawarkan pakej 2 sambungan 1Gbps pada harga hanya SGD59 sebulan atau lebih kurang RM185 sebulan di negara tersebut. Tambahan pula syarikat itu menjadi syarikat rangkaian mudahalih keempat terbesar di republik itu dengan menawarkan sambungan jalurlebar mudahalih tanpa had atau quota.

Dengan perkembangan terbaharu ini, jika MyRepublic berjaya menembusi pasaran Malaysia, ia dijangka menggoncangkan arena rangkaian jalurlebar tempatan yang rata-rata lebih mahal berbandingnya. Malah TM menawarkan jalurlebar 1Mbps pada kadar RM116.60, iaitu hampir dua kali ganda dan 100 kali lebih perlahan dari penawaran MyRepublic.

Apa pendapat anda mengenai tawaran syarikat ini? Pada pendapat kami, terdapat 3 perkara yang mungkin terjadi.

  1. TM mengenakan caj tinggi untuk penggunaan rangkaian HSBB (High Speed BroadBand) memaksa syarikit itu meninggikan caj bulanan.
  2. Syarikat itu menawarkan pakej tersebut menyebabkan terlalu ramai pengguna melanggannya sehingga rangkaiannya menjadi sesak.
  3. Syarikat tersebut berjaya menemui cara untuk mengelak caj HSBB yang tinggi dan menawarkan pakej berkenaan pada harga yang disebut.

Apa pun, kami tidak menjangkakan kemasukkan syarikat perkhidmatan jalurlebar ini dalam masa terdekat, tetapi jika segala berjalan lancar, ia mungkin akan memasuki pasaran Malaysia tahun hadapan. Pada masa itu semua syarikat rangkaian jalurlebar akan berlumba-lumba menurunkan harga mereka untuk bersaing. Kita tunggu dan lihat nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



To Top